Melastik Ke Hatimu oleh Aqma Dee

Melastik Ke Hatimu by Aqma Dee from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Aqma Dee
Kategori: General Novel
ISBN: e978-967-2918-03-5
Penerbit: Intensmart
Ukuran file: 0.80 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Haura Annisa, si gadis ‘gengster kilang’. Namun, siapa menduga kehidupannya terkongkong dan dikawal emaknya. Si emak nekad mahu menantu kaya!

“Yang awak bertenggek macam hantu atas jendela tu dah kenapa?”

“Saya ambil anginlah,” bohong Haura.

“Atas jendela? Dengan pakai tudung ekstra selipar berbulu ni sekali? Unik cara awak bersantai,” sindir Ziyyad.

ADUH! Tak dapat Haura bayangkan saat dia bergelar isteri kepada mamat ‘kayu cengal’ itu. Membosankan! Lagi dia rasa tercekik ada kawan macam Ain!

“Ikat? Maksud kau?” Berkerut dahi Haura. Tiba-tiba pula otaknya jadi tepu. “Kalau kau betul-betul sayangkan Encik Ziyyad, kau kena ikat dia dengan anak. Maksud aku kau kena serahkan apa yang sepatutnya Encik Ziyyad dapat. Sekarang ni kau tak boleh bertindak slow macam siput sedut dah, kau kena laju macam arnab. Kalau tak kau akan menyesal,” sambung Ain lagi.

Si Haura ni kalau tak dihasut, memang macam itulah sampai ke sudah. Tak habis-habis nak malu. “Itu laki kau woi! Tak kan nak biarkan orang lain rampas. Aku tengok si Liya tu dah lain macam gayanya.”

“Kena ke?” Tertelan air liur Haura dengan apa yang baru Ain katakan. Seram sejuk pula dia dengan semangat Ain yang tiba-tiba tu. Suami aku, tapi dia yang beria.

NAMUN, saat cinta disulam, saat bahagia menjengah…

“Aku nak kau ceraikan anak aku!” - Mak Limah

“Awak dah pun mainkan saya. Maaf tu dah tak ada makna.” –Ziyyad

APAKAH pilihan Haura ketika bahagia mereka diuji?

Ulasan

Melastik Ke Hati mu
by Nurol Nadiah Ishak on January 24, 2021

Habis baca dalam masa sehari. Jalan cerita yang menarik dan santai. Konflik tak banyak. Suka watak haura dan ziyyad.

Good Novel
by Nurul Hidayah Binti Md Desa on January 25, 2021

Membaca novel ni membuatkan aku tersenyum tanpa sedar. Jalan cerita yang menarik dan x terlalu berat konfliknya.

Good novel!
by NOOR SURIYANTY BINTI ABU BAKAR on January 28, 2021

Jalan cerita yg santai x berbelit2... konflik yg ringan & x serabut... membuatkan sy tersenyum2 sendiri wlupon da 2 kali baca... novel yg bagos utk dibaca!

Melastik Ke Hatimu
by Nur Afifah Binti Abdul Latif on January 31, 2021

Dah lama tak baca novel sebenarnya, baca review org mmg betul lah org ckp novel ni santai. Tak banyak konflik. Selalu watak jahat/penggoda akan menang sekejap kan sampai hero & heroin kita gaduh? Tapi tak dengan novel ni. Haura gengster kilang tu lg bijak kenakan org dan Ziyyad pun sama, gerak dlm diam. Masing2 demi selamatkan rumah tangga. Sejujurnya saya suka perkembangan watak Haura, drpd yang mati2 perjuangkan cinta dia dgn Naim to someone yg jatuh sayang betul dengan Ziyyad. To be honest, mana lagi nak cari lelaki baik dan sabar mcm Ziyyad ni. Mmg hanya wujud dlm novel ajalah. The real villain dlm cerita ni adalah Mak Limah (mak Haura) dan adik2 perempuan Haura. Sbb harta sanggup dengki dgn kakak sendiri. Ada jgk konflik lain seperti masalah abah Ziyyad yg menyumbang kepada klimaks utama cerita ni, dan pasal past relationship Ziyyad, tp dia cepat solve. Penulis tak meleret and jln cerita terus move on mcm mana Ziyyad dgn Haura bangkit drpd situasi yang down. Overall, silalah baca novel ni kalau rasa tak nak peningkan kepala baca masalah hero heroin bergaduh sampai setengah novel hahaha.

Melastik Ke Hatimu by Aqma Dee
by NASIHAH ABDUL on February 04, 2021

Good reading

melastik ke hatimu
by Nor Amirah Hasnan on February 08, 2021

best2

Neeza Nordin
by Noryusniza on February 14, 2021

Jalan cerita sangat menarik dan santai..tidak terlalu berat utk emosi mudah untuk difahami..so berbaloi habiskan baca dlm satu hari..

luv it
by Noorazleni binti Ahmad Baharuddin on April 22, 2021

best citer ni

Melastik ke Hatimu
by Siti Nur Sakinah Binti Mohd Fauzi on November 01, 2021

Dapat mak perangai cam Mak Limah tu mmg kena ade kesabaran yg tinggi. Alhamdulillah ibu tidak seperti itu perangainya. Drama dan novel ade perbezaan kedua-duanya. Tengok dlm drama Ziyyad punya bankrap tu x teruk sangat. Dalam novel baru boleh kata bankrap. Bwk motor je. Haura pon mmg setia dengan Ziyyad. Tabik la kat dia. Apa2 pon mmg enjoy baca.

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan