Dia Yang Ku Jadikan Suami oleh Rinsya Chasiani

Dia Yang Ku Jadikan Suami by Rinsya Chasiani from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Rinsya Chasiani
Kategori: General Novel
ISBN: e978-967-2918-05-9
Penerbit: Intensmart
Ukuran file: 1.99 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

NAAZNEEN – Gadis berdikari yang punya kisah silam pahit menjadikannya punya dua personaliti berbeza. Manis, cantik, seksi, anggun dan kejam! Bertemu Naim Khair, buat dirinya berubah… Berubah baik, walaupun sesekali rasa dengki dan sikap kejinya datang mengusik. Sekejap rindu, sekejap mahu lari… Akhirnya dia tekad menjadikan Naim Khair sebagai suaminya…

“Kau ni lupa ke buat-buat tak ingat? Siapa yang duduk kat hotel tu berbogel dengan aku, hah?”

“Habis you nak buat apa, bukannya jadi apa-apa pun.”

“Sekarang baru you nak cakap tak ada apa-apa yang berlaku, kenapa tak dari dulu aje?”

“Dahlah Naim, you tak perlulah nak over reacting. Benda dah jadi. Biar ajelah. You nak kahwin dengan I ni, you ada fikir tak masa depan kita nanti? Dahlah, you pun tak cintakan I, I pun tak cintakan you.”

“Kalau you cakap benda yang betul tempoh hari, pertunangan I dengan Hidayah takkan jadi macam ni, tahu tak? I nak kahwin dalam masa beberapa hari aje lagi tapi semuanya dah musnah macam ni baru you nak blah dari rumah ni pulak!” Naim merenung wajah wanita itu dengan perasaan yang membuak-buak.

“Fine! You nak I buat apa pula untuk tebus kesalahan bodoh I tu?” jerkah Naaz kuat.

“You sedar tak, you yang mulakan masalah sampai kita memang wajib kahwin.”

NAAZNEEN yang insaf… Dia terpaksa dan dipaksa pergi setelah segala rahsia jahat terhadap suaminya terbongkar satu per satu... Hilang rasa bahagia di hati, kabur saat-saat romantis bersama suaminya dan sunyi daripada suara serta bisikan mesra Naim Khair kepadanya lagi lalu bingkisan sayu dititipkan…

Maafkan I. I tak tahu dari mana untuk memulakan bicara ini tetapi demi segunung harapan yang pernah ada di hati, I minta ampun andainya I membuat you rasa menyesal punyai isteri seperti Naazneen Fatah. You tahu kisah hidup I tak indah. I pun tidak pernah indah, kalaulah you tahu betapa manisnya saat you memberi peluang untuk I merasa ‘hidup’... Naim, cinta yang I tanam buat you bukanlah satu pembohongan. I ikhlas walau pada mulanya langkah I sumbang. Tapi sesungguhnya, Naim, I selalu tercari-cari arah untuk terus berdiri di sisi you. You tahu tak, setiap kali I dengar ‘pergi aje, I tak nak tengok muka you lagi’ dari bibir you, setiap kali itulah I tidur bertemankan mimpi buruk, Naim. Setiap kali you lemparkan pandangan penuh kebencian, setiap kali itulah hati I meraung kuat. You dah bawa impak yang cukup besar buat diri I, Naim. Kalau you nak ajar I apa itu erti derita, I telah merasakannya. I sayang you seadanya tapi I tahu you benci dengan apa yang I rasa.

APAKAH ada ruang untuk Naazneen kembali ke sisi Naim Khair setelah dia juga menjadi punca ibu mentuanya patah kaki dan ayah Hidayah meninggal di dalam kemalangan…

Ulasan

DIA YANG KU JADIKAN SUAMI
by Norhanis fatihah on January 17, 2021

omg srs best giler first time baca novel dri penulis ni. sumpah best gilerr

Dia Yang Ku Jadikan Suami
by NASIHAH ABDUL on February 04, 2021

Nice story

Dia Yang Ku Jadikan Suami
by RAJA QISTINA NATASYA BINTI RAJA RAHIM on February 23, 2021

Cerita ni memang best la.Bila saya baca je terus rasa macam hati ni rasa sakit.Baca je terus terasa dekat hati.Rasa macam nak baca lagi! ????????????!!!

Best
by kurakuralaju on March 16, 2021

Terbaik cerita ni

Best
by Nur Natasha Aimie on May 25, 2021

Berbaloi beli.. Jalan cerita panjang and menarik

Dia Yang Ku Jadikan Suami
by Fariha Mustapha on July 27, 2021

Terbaik penulis. Jalan cerita yang menarik.

Unknown
by Wan Nor Mazliyana Binti Wan Mansor on August 06, 2021

Beautiful love story yg sarat dgn pengajaran

Dia Yang Ku jadikan suami
by SYAHRIAH. S on December 04, 2022

jalan cerita awal yang menarik tapi penyelesaian conflict yang kurang menarik

Maaf bertanya
by Sofea Balqis on December 05, 2022

Macam mana cara nak baca ebook ni ye , kene beli dulu ke .. sy nak beli rm20 dah tolak dari bank tapi tak lepas jugak nak baca .. tlong sape sape yg baca sy tulis ni ,tlong ajar

Best
by Norsyafiqah on December 14, 2022

Best jah

Dia Yangku Jadikan Suami
by Farahwahidah Bt Mohd Safri on December 14, 2022

Permulaan macam membosankan, pertegahan excited, Ending??

Menarik
by Niess Aziz on December 18, 2022

Awal-awal cerita tidak menggambarkan perasaan sebenar Naaz. Jika menceritakan perasaan sebenar Naaz yang tergugat semasa berjumpa Naim akan menjadikan pendahuluan sedikit menarik.Bila awal cerita Naaz seperti pendendam,tapi di tengah jalan cerita menceritakan perasaan Naaz yang berbeza ketika bertemu Naim, menjadikan penbaca confuse. Tapi kesedihan tu dapat dirasa apabila Naaz tidak dihiraukan suami dan mertua Keseluruhan cerita menarik..I like

Biasa je
by Amirah Faridah on January 06, 2023

Awal2 best, belakang dah kureng

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan