Bisik Bisik Gelora oleh Fauziah Ashari

Bisik Bisik Gelora by Fauziah Ashari from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Fauziah Ashari
Kategori: General Novel
ISBN: e978-967-5289-99-6
Penerbit: Intensmart
Ukuran file: 0.99 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

JAD IZZUDDIN : Aku berhabis wang ringgit kerana dia. Isteri apakah dia jika menghilangkan diri tiba-tiba? Bukan sekejap tapi tujuh tahun! Isteri apakah dia yang berpeluk dengan macam-macam lelaki? Tidak Arumi, Tidak...aku tak akan lepaskan kau sampai bila-bila. Deritalah kau di sisi aku!

BANIN ARUMI : Aku pergi kerana aku tidak kenal siapa dia. Aku perlu kejar cita-citaku. Nah, sekarang aku berjaya. Tapi, mengapa dia muncul di saat aku diambang kerjayaku. Dia jahat! Bekas banduan! Allah... tolong aku. Bagaimana aku mahu lari kalau dia suamiku?

SAAT tertekan...seorang perlukan wang dan seorang lagi berdendam.

“Oleh kerana kita pernah sekatil dan bersama sebelum ini, maka aku nak kau bayar upah aku melayan nafsu kau tu.” – Arumi

“Aku boleh bebaskan kau tapi dengan syarat! Kau gugurkan dulu kandungan kau tu.” – Jad

SAAT bahagia...

“Kalaulah kita begini selalu...” Terungkap dengan spontan. Arumi cepat-cepat katup mulut. Aduhhh...terlepas la pulak.

Jad diam. Dengar tapi tekun menggunting rambut Arumi di sekeliling luka. Usai itu, dia ambil alcohol prep pad untuk membersihkan luka di kepala Arumi.

“Ouch!” Spontan Arumi pegang dan halang tangan Jad menyentuh kepalanya. Mereka berpandangan dan spontan mata Jad ke arah tangannya yang dipegang oleh Arumi. Cepat-cepat Arumi lepaskan. Serba-salah dia apabila Jad hanya lihat dan senyap sahaja.

“Tahan sikit. Memang pedih.”Arumi menahan rasa pedih apabila alcohol prep pad menyentuh kulit kepalanya.

“Sakit tak?” Jad bubuh pula ubat kuning atau acriflavine.

“Erm.”

“Aku tanya sakit atau tak. Jawapannya ‘erm’ ke? Tu jawapan budak tahun satu. Budak UPSR pun tahu jawab.”

“Tak.” Arumi gigit bibir. Jad tak berubah kalau pun perangai dia baik. Arumi senyum pula. Bahagia juga hatinya ini.

“Pandai pun jawab. Kau tu selalunya jawapan SPM. Tapi, aku suka juga dengar jawapan diploma atau degree kau. Luka ni tak dalam. Aku rasa tak kena bucu frame tu.”

Arumi dah terkebil-kebil mendengarkannya. Pelik. Tapi dia diam sahaja manakala Jad merenung kulit kepala Arumi yang cedera gara-gara onarnya. Sungguh, dia kesal.

BAHAGIAKAH mereka yang terumbang-ambing rumah tangga terutama ketidaksudian Jad menerima Akif sebagai anak kandung di celah-celah kehadiran si psiko, si playboy dan si gedik?

Ulasan

Bisik Bisik Gelora
by fatinizany on May 27, 2022

Geram juga tengok umi ni. Senang senang je maafkan si jad tu. Dari awal buat dna tak da la kena seksa. Tapi best la cerita ni. Tak bosan. Geram memanjang

Bisik Bisik Gelora 2018
by Izzati Fadhilah Arbain on May 28, 2022

Penulisan dan jalan cerita yang baik. Namun, perkembangan cerita tak meluas hanya berkisar pada hubungan Jad dan Arumi. Banyak ayat-ayat penerangan yang tak perlu ditambah dimana hanya memanjangkan perenggan. Walaupun dari penulis mempunyai beberapa novel terkenal sebelum ini, tapi gaya penulisan amat amatur, mungkin penulisan ini dilakukan sebelum novel-novel lain dikarang.

Bisik-bisik gelora
by Zainab Abdul Latif on June 04, 2022

Karangan ayat macam kena tambah baik sikit. Banyak susunan ayat yang macam tak teratur. Jalan cerita menarik, cuma susunan ayat tu kadang-kadang perlu baca dua tiga kali untuk faham.

Bisik Bisik Gelora
by Nik Vane Claudiyaa on June 11, 2022

The super best novel

Bisik Bisik Gelora
by Wan Nor Saadah Daud on June 11, 2022

Oklah

So Boringggg
by Ieyra Yusoff on June 14, 2022

Boringgggg .. ksian arumi asyik kne je dgn jad lepas tu sng2 je maafkn .. arumi asyik sbar je .. bosan cerita pnjng sgt bnde yg sama je emmm.

Penulisan Dan Susunan Ayat
by Fatin Ameera Rozali on June 16, 2022

Ada susunan ayat yang harus dibaca berkali-kali untuk difahami. Banyak kesalahan jarak perkataan (mungkin error pada ebook). Jalan cerita ada sesetengah bahagian tergantung dan dimulakan tanpa memberi penerangan pada pembaca terlebih dahulu membuatkan pembaca terpinga-pinga.

bisik bisik gelora
by farah bkthijau on June 18, 2022

bosan..habis rm17..haha

Bisik Bisik Gelora
by Diyana Syazni on June 19, 2022

Sangat best

Terbaik
by lutfie on June 21, 2022

sangat terbaik

bisik bisik gelora
by RADIMAH on June 21, 2022

mantap

bisik2 gelora
by norhasnah on June 23, 2022

best...!!!

Ending
by Siti Atikah Azmi on June 24, 2022

Ending best

Bisik Bisik Gelora
by zaitul rusni on July 05, 2022

buku yang paling aku suka. dulu dah baca novel nie.bila jd drama tv 3 aku beli n baca balik.

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan