Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.
“Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu.”
“Jo..”
“Jo apa? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?”
Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.
Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.
Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT.
Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?
“Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can’ts into cans, and her dreams into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang.”
Kalau tak boleh... paksa sampai boleh!
Ulasan
sweet
by nurul on June 12, 2016
terhibur dengan jalan cerita
HAHA!
by nur eleena farihin on August 16, 2016
Lawak la! Nanti adaptasi kepada drama mesti lagi kelakar!
wow ????
by nurhidxyxh on September 22, 2016
Serious jalan cerita dia best giler sweet + kelakar
awak sgt nakal
by Rafiza binti mohd jainon on November 08, 2016
terlalu byk dialog dlm novel ni. jalan cerita ok...
Sangat Nakal
by Niess Aziz on November 10, 2016
Johanna sangat nakal...
Bestnye memang tak disangkal!!hehee
Awak sangat nakal
by Wan runaniah on November 10, 2016
Di awal cerita kurang menarik. Semakin lama membaca semakin best. Jalan cerita pun best...
serius best
by Nurazyyati Smawi on January 18, 2018
best. ulang2 baca pun tetap best.
awak sangat nakal
by Nur Izzati Hanani bt Ahmad Takri on June 08, 2018
awat nakal sngt ..best
awak sgt nakal
by on April 12, 2019
sangat menarik ..jalan cerita yg tbaik...i like
Awak Sangat Nakal
by Siti Aisyah binti Ramle on September 12, 2021
Cerita yang best dan menghiburkan
Awak Sangat Nakal
by Nabilah binti Matsafi on January 13, 2022
jalan cerita yg sngt menarik
ASN
by Nur Syahmina on November 20, 2023
Good
AWAK SANGAT NAKAL!
by Alexia Alexander on February 13, 2024
Jalan cerita yang menarik
Awak sangat nakal
by on February 19, 2024
Cerita yang banyak membuat kita berfikir. Membuka minda tentang erti wasiat,hibah dan faraid.
awak sangat nakal
by suzaida on February 21, 2024
menarik dan tak bosan
Awak Sangat Nakal!
by on March 06, 2024
Best sangattt3. Boleh repeat baca lagi . lepasni nak baca novel-novel yang lain pula chaiyokkkkk.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.