Panorama Bahasa Melayu Sepanjang Zaman oleh Nik Safiah Karim

Panorama Bahasa Melayu Sepanjang Zaman by Nik Safiah Karim from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Nik Safiah Karim
ISBN: 9789831008041
Ukuran file: 10.88 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Bahasa Melayu mempunyai sejarah yang gilang-gemilang. Sejak zaman silam lagi bahasa Melayu menjadi lingua franca bagi kawasan Kepulauan Melayu. Apabila Islam datang ke kawasan ini, bahasa Melayu berperanan sebagai alat untuk penyebarannya. Demikian juga, di pusat kebudayaan lama seperti Acheh dan Riau, kegiatan keintelektualan dijalankan dalam bahasa Melayu. Pada kemuncak kegemilangan Kesultanan Melayu di Melaka, bahasa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan, bahasa perundangan, bahasa sastera dan bahasa perhubungan ahli masyarakat yang terdiri bukan sahaja daripada orang Melayu tetapi juga penduduk seluruh kepulauan Melayu dan orang asing yang datang untuk berniaga. Kini bahasa Melayu mejadi bahasa kebangsaan empat buah negara, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura, dan dituturkan dengan luasnya oleh beberapa kelompok masyarakat lain seperti di selatan Thailand dan Kepulauan Cocos. Buku ini memberi gambaran berkaitan ciri dan gaya bahasa Melayu, daripada bentuk yang pertama diketahui, iaitu pada batu-batu bersurat yang dipercayai dihasilkan pada abad ke-7, kemudian meliputi perubahan sepanjang zaman dalam pelbagai variasi dan genre, hingga kini, zaman kemajuan ilmu-ilmu moden. Semoga tinjauan Panorama Bahasa Melayu Sepanjang Zaman ini menjadi bukti kepada generasi muda tentang kegemilangan bahasa kebangsaan kita.

Ulasan

Excellent
by Ainul Asyraf Aliff Alaudin on February 04, 2018

Its an excellent overview of the origin of the Malay Language and its evolution through the centuries, and the special features and ability of the language to function as a medium of intellectual and creative expression.

Book
by Sapphire Rachell Rinai Ryan on October 31, 2021

Excellent book

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan