Hukuman Bunuh Pengedar Dadah Mengikut Siyasah Syari’iyyah oleh Wan Norhasniah Husin & Shukeri Mohamad

Hukuman Bunuh Pengedar Dadah Mengikut Siyasah Syari’iyyah by Wan Norhasniah Husin & Shukeri Mohamad from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Kategori: General Academics , Islam
ISBN: 978-983-100-931-4
Ukuran file: 1.10 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Buku ini bertujuan untuk menganalisis ketepatan hukuman bunuh ke atas pengedar dadah berasaskan kepada Siyāsah Syar‘iyyah. Pertama, tinjauan secara kritikal dilakukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Siyāsah Syar‘iyyah seperti definisi, matlamat dan kaedah Siyāsah Syar‘iyyah. Ini termasuk konsep hukuman bunuh dalam kesalahan takzīr. Untuk menilai kesan bahaya dadah serta aktiviti yang berkaitan dengannya, maklumat mengenai jenayah pengedaran dadah termasuk bilangan mereka yang dijatuhkan hukuman gantung serta data-data yang berkaitan dengan penagihan dadah dipaparkan. Berpandukan kajian ini didapati hukuman bunuh ataupun gantung sampai mati terhadap pengedar dadah adalah bertepatan dengan Siyāsah Syar‘iyyah. Ini berdasarkan kesan jenayah pengedaran dadah terhadap orang ramai. Analisis menunjukkan bahawa jenayah berkenaan adalah terlalu merbahaya, bukan sahaja boleh membunuh penagih tetapi turut menggugat ketenteraman dan keselamatan masyarakat. Akibat daripada jenayah pengedaran dadah, orang ramai berada dalam ketakutan dan tidak tenteram berikutan daripada timbulnya kes pembunuhan, rompakan, pelacuran, pecah rumah dan sebagainya. Memandangkan tujuan pelaksanaan Siyāsah Syar‘iyyah itu adalah untuk mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan mencegah segala bentuk kerosakan, maka didapati hukuman berkenaan memenuhi konsep, matlamat dan kaedah Siyāsah Syar‘iyyah.

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan