Buku ini memaparkan aspek pemikiran, khususnya dalam filem Semerah Padi (1956) dan Antara Dua Darjat (1960) serta Hang Jebat (1962), dan Dang Anom (1962). Pemilihan filem‐filem tersebut
berdasarkan merit Semerah Padi dan Antara Dua Darjat ‐ dua buah filem terbaik yang pernah dihasilkan
oleh P. Ramlee, dan Hang Jebat dan Dang Anom ‐ dua buah filem terbaik Hussein Haniff. Filem‐filem
tersebut termasuk dalam kategori heavy drama yang secara jelas dapat menggambarkan keupayaan
pengarahnya memberikan orientasi pada aspek teknikal dan rujukan makna dalam aspek pengarahan
dan sinematografi. Buku ini secara khusus menganalisis dan memberikan tafsiran serta pandangan terhadap filem‐filem mereka dan bukan terhadap mereka sebagai individu. P. Ramlee dan Hussein Haniff dipilih kerana ketokohan mereka dan mereka berada dalam kelas yang terasing daripada pengarah sezaman, sama ada pengarah berketurunan India, mahupun pengarah tempatan dari segi mutu penghasilan karya.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.