[ No Description ]
Pada tahun 1177, Kerajaan Salib Jerusalem yang dipimpin oleh Raja Baldwin IV memberi tentangan yang hebat kepada Sultan Salahuddin al-Ayyubi dalam misinya mendapatkan kembali Jerusalem untuk umat Islam. Ketegangan antara kedua-dua pihak menyebabkan tidak sedikit pertempuran dan konflik berlaku antara bala tentera mereka. Di Montgisard, Salahuddin dan Baldwin bertembung dengan keputusan yang tidak terduga oleh kedua-dua pihak. Pada ketika itulah, seorang tentera Mamluk bernama Taghrii menyertai bala tentera Sultan Salahuddin dengan alasan untuk mendapatkan harta rampasan perang. Namun apabila musuh lampau kembali untuk menghantuinya, dia terpaksa bergantung kepada Salahuddin untuk menyelamatkan diri. Sama ada berupaya atau tidak, Taghrii terpaksa mengangkat kembali busur dan memastikan bidikan anak panahnya tepat. Kerana kemampuannya bukan sahaja akan membantu dirinya untuk terus hidup tetapi akan menyumbang kepada kemenangan Salahuddin dan umat Islam.