Warisan tidak ketara merupakan salah satu elemen kebudayaan yang mempunyai ruang lingkup yang luas merangkumi seni persembahan, bahasa, seni halus, kraftangan, adat serta budaya. Kepelbagaian elemen warisan tidak ketara ini perlu dilindungi dan dilestarikan kerana ianya menjadi salah satu perlambangan identiti masyarakat dan negara. Sehubungan itu, Jurnal Warisan Tidak Ketara ini diterbitkan oleh Jabatan Warisan Negara dengan memuatkan sebanyak 34 artikel terpilih karya penulisan ilmiah serta hasil kajian yang dilakukan oleh pakar, ahli akademik serta penggiat seni, budaya dan warisan. Penghasilan jurnal ini akan menjadi wadah untuk para penulis menyebarluas dapatan kajian, idea, teori, pandangan dan pengalaman mereka yang berkaitan dengan bidang warisan tidak ketara.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.