[ No Description ]



 



Rp 58.262

Orang kata cinta pertama itu terlalu istimewa dan sentiasa dekat di hati. Andai kata cinta pertama itu gagal, tetap ia membekas di hati. 

 

Bahtera rumah tangga Syakir dan Najwa yang tenang, bergelombang dan bergolak lantaran kehadiran semula Rozana, cinta pertama Syakir. 

 

“Kir… sepatutnya Roz yang ada di sisi Kir sekarang, sebagai isteri. Bukan budak hingusan tu.” -Rozana 

 

Kuatkah Syakir mempertahankan cinta hatinya Najwa bila Rozana sentiasa mencuri peluang yang ada?

 

“Lepas apa yang Kir dan buat kat Roz, Kir nak lepas tangan macam tu saja? Habis tu kalau hubungan kita sebelum-sebelum ni menyebabkan Roz mengandung macam mana?” -Rozana

 

Akan terleraikah mahligai rumah tangga mereka bila Najwa sendiri rela undur diri?

 

“Selamatkan anak dalam kandungan Rozana. Wa reda jika jodoh kita berakhir begini.” -Najwa 

 

Apakah benar, cinta pertama itu cinta sejati? Atau cinta selepas itu akan lebih abadi? Hanya ada satu… tak kan ada yang lain.

view book