Hikayat Raja Babi ditulis pada 1775 oleh seorang pedagang yang sedang berlayar dari Semarang ke Palembang. Buku yang anda sedang pegang merupakan versi tulisan Rumi yang pertama di dunia.
Hikayat berunsur aksi-fantasi-mistik ini menceritakan adventur seorang putera yang telah disumpah untuk lahir sebagai seekor babi. Sifat fizikalnya itu membuat bapanya sendiri jijik dan malu, tapi kepandaiannya berpantun sebaik saja keluar dari perut ibunya membuat semua orang kagum. Biarpun dicampak ke dalam hutan atas nasihat para nujum, putera babi ini diselamatkan dan dibesarkan di istana yang lain.
Raja Babi melalui pelbagai cabaran dan berperang dengan pelbagai pihak. Adegan-adegan perang yang melibatkan aksi terbang dan letupan ini sangat ganas dan mirip Dragon Ball.
Raja Babi mula dikenali dan disegani di kalangan kawan dan lawan. Tapi adakah sebab dia merupakan seekor babi, dia turut disumpah untuk tidak dapat bercinta?
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.