Waris Dukun Hitam oleh Syikin Zainal

Waris Dukun Hitam by Syikin Zainal from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Syikin Zainal
Kategori: General Novel
ISBN: 978-967-406-246-0
Ukuran file: 0.97 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Embun, pewaris keturunan dukun hitam, seorang dukun yang benar-benar ampuh di zaman silam. Kedua-dua orang tuanya dibunuh oleh neneknya sendiri yakni Nek Kuntum semasa dia kecil. Sejak kecil Embun hanya didedahkan dengan segala macam sihir dan ilmu hitam. Dia diasingkan oleh masyarakat kerana dua sebab. Pertama, kerana Nek Kuntum mahu menyediakan dia sebagai pewaris ilmu tengkorak hitam dan sekali gus menjadi pewaris dukun hitam. Dan yang sebab kedua, kerana dia adalah cucu Nek Kuntum, seorang pengamal ilmu hitam yang ditakuti oleh penduduk kampung. Biarpun begitu, Nek Kuntum selalu sahaja menjadi tempat kunjungan penduduk yang sentiasa mahukan ‘sesuatu’ daripadanya. Menginjak remaja, Embun mencintai seorang pemuda yang bernama Yusoff. Cinta mereka bersemi seiring dengan usia. Embun sebenarnya tidak mahu bergelar dukun. Dia sekadar mahu menjadi seperti gadis pingitan yang lain, dicintai dan mencintai. Hubungan Yusoff dan Embun diketahui oleh keluarga Yusoff dan Nek Kuntum. Mereka menghalang cinta mereka. Keluarga Yusoff menghalang kerana mereka mendambakan anak Orang Kaya Leman sebagai menantu. Sementara itu Nek Kuntum melarang keranaYusoff seorang pemuda yang bakal menghancurkan harapannya. “Ya Embun ini. Tadi bilang tidak takut sama hantu. Baru tengok Sentot sudah kecut. Hingga Embun pun abang sudah tidak kenal,” - EMBUN “Hantu? Mana ada hantu di dunia ini, Embun. Yang ada hanyalah syaitan. Yang tugasnya menyesatkan manusia,” - YUSOFF Sementara itu, Tok nyang sentiasa menjaga keturunannya daripada menjadi hamba syaitan. Tok nyang dan keturunannya sentiasa menjadi buruan waris dukun hitam. Cintanya pada Embun menyebabkan dia berkelana bersama keluarga untuk mengelak daripada diburu oleh waris dukun hitam. Mak dukun sudah semakin terdesak. Dia sudah terlalu lama menjadi hamba kepada janji yang dimeterai. Menginjak ke usia tua, dia perlu mencari pengganti! Antara Fatin, Aida dan Adzim yang mempunyai pertalian darah. Mereka bertiga adalah waris dukun hitam! Siapakah yang menjadi mangsa perjanjian syaitan ini? Dapatkah pengganti dicari? Nikmatilah cerita Waris Dukun Hitam ini sehingga perkataan tamat untuk temui jawapan yang dicari.

Ulasan

Jom baca
by Nor Rafidah binti Jaiton on November 16, 2019

cerita yg sgt2 menarik. best!!!

Waris dukun hitam
by Ummiilmi Binti Baharudin on November 09, 2020

Penceritaan yang baik mengenai ilmu hitam dan akibatnya

jom baca grng
by mohd nor syazwan on July 06, 2021

cerita ni best dia mengisahkan yang kita hanya perlu berserah kepada ALLAH bukan benda lain

Waris Dukun Hitam
by Rafeah Binti Liman on September 02, 2021

Meremang bulu roma sewaktu baca novel ni. hopefuly ad sambungannya.

Waris Dukun Hitam
by Puteri Alya Sabrina on February 19, 2022

I really love how the story flows,the plot twist and most importantly the way the writter potrayed the story.

love it!
by Nurazlina Azizan on March 15, 2022

Smooth story, with twist after twist after twist..1st time read this Author's book. Hopefully there's more sequel to this story :)

Waris Dukun Hitam
by MOHD ABID ISHAMUDDIN BIN ABDUL MALIK on July 17, 2022

Jalan cerita menarik. Seronok baca.

xrugi baca
by Noor Amira Syazwani Binti Mohamad Zin on July 27, 2022

perspektif menarik bagi menceritakan kesan amalan ilmu hitam. terbaik

Baca lah untuk tambahkan ilmu
by Siti Atikah on August 09, 2022

What a mind-blowing story. Plot twist yang mencabar minda, corak penceritaan merungkai segala misteri dan sisi gelap ilmu hitam yang tersembunyi. Cerita ini juga mampu membuka minda kita dengan berfikir lebih serius akan segala akibat dan impak perbuatan kita samaada baik atau buruk. Dan sebagai orang Islam, kita mestilah sentiasa memperbaiki dan memperbaharui Iman kita agar mampu menangkis segala hasutan syaitan yang terkutuk.

Waris Dukun Hitam
by on December 05, 2023

Satu kisah yg rapat dengan sebahagian kecil masyarakat di Malaysia. Kisah ini boleh dijadikan iktibar dan pengajaran buat semua lapisan masyarakat.

waris dukun hitam
by Deeyah on December 22, 2023

novel yg sangat best di baca.

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan