Bogel Menuju Tuhan oleh Zahiril Adzim
Ringkasan
Ulasan
Pada mulanya, saya agak skeptik dengan judul e-buku ini. Tetapi, kerana sifat ingin tahu yang tinggi, saya gagahkan juga diri ini untuk membacanya. Dengan hidangan puisi-puisi yang agak keras/kasar di awal e-buku ini, saya akhirnya tiba di bahagian catatan penulis pula. Membaca catatannyalah yang membuatkan saya mula jatuh hati dengan cara berfikir Zahiril Adzim. Malaysia memerlukan lebih ramai lagi anak seni yang seperti Zahiril Adzim. Walaupun pelakon atau penyayi, tidak seharusnya dijadikan ikutan (secara menyeluruh) oleh anak muda, tetapi tidak, bagi Zahiril Adzim. Saya fikir -- beliau memiliki pakej yang tersendiri untuk dijadikan contoh ikutan. Cara berfikirnya matang dan tidak kelihatan seperti 'dibuat-buat'. Tirulah cara berfikirnya. Nescaya, ada sesuatu yang bakal kita perolehi, walaupun kita terpaksa berbogel menuju Tuhan.
Di padang mahsyar menuju Allah
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.