Jiwangnya, Mat Rock oleh Akira Dorayaki

Jiwangnya, Mat Rock by Akira Dorayaki from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Akira Dorayaki
Kategori: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-2185-05-5
Ukuran file: 2.02 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Rambut berketaq bagai penyanyi rock zaman 80-an memang gaya lelaki sejati buat Uwais Qarni a.k.a. Mat Rock. Bertemu pula ‘Ummi Si Mulut Celopar’, lagilah bertambah haru dibuatnya! “Awak, tolong ikatkan sikit rambut awak tu bagi kemas, boleh tak? Jangan biarkan dia melambai-lambai macam rumpai air. Nanti nak potong rumput susah.” – Ummi Nadzirah. “Apa kaitan potong rumput dengan rambut saya pulak? Apa Cik Ummi fikir yang rambut saya ni boleh tersangkut dalam mesin rumput ke? Hei, tak terjejaslah mesin rumput Cik Ummi ni!” – Uwais Qarni. Bukanlah Uwais Qarni namanya jika mudah berputus asa. Walaupun ditolak seribu kali dan terpaksa menyamar sebagai tukang kebun di Taska Harapan Ummi, dia sanggup. Tetap berusaha memenangi hati gadis yang pernah menjadi teman kecilnya dahulu. Alamatnya, bunga ros merah jugalah yang menjadi mangsa. “Cis, saya pantang betul bila dapat bunga! Inilah teknik mengurat yang paling klise dan yang paling saya menyampah sekali. Sikit-sikit bagi bunga. Sikit-sikit bagi bunga! Bukannya boleh makan pun.” – Ummi Nadzirah. “Ummi… Ummi… suatu hari nanti kau akan jadi isteri aku jugak.” – Uwais Qarni. Namun, semua itu bukanlah masalah besar bagi mereka. Ternyata, menjadi ‘Encik Ketua Keluarga’ dan ‘Puan Penasihat Keluarga’ lebih sukar. Pelbagai halangan terpaksa mereka tempuhi sehingga tiba satu tahap, Ummi diuji dengan dugaan hidup yang mencabar diri. Bagi Ummi, ini semua kesilapan Uwais. Si Mat Rock itu yang bersalah! Mampukah Ummi memujuk hati Encik Ketua Keluarga saat semua kebenaran terbongkar? Apakah wujud lagi cinta antara mereka setelah Uwais merajuk jauh membawa hati yang terluka?

Ulasan

JMR
by Norita bt Hashim on April 15, 2021

Best

Jiwangnya, Mat Rock
by on June 03, 2021

Rasa macam tak sesuai pulak cerita ni dengan tajuknya. Walaupun banyak pengajaran yang boleh diambil oleh pembaca tapi ada beberapa perkara dalam jalan ceritanya yang dirasakan tidak sesuai. Macam susah nak terima dah nak naik tingkatan satu pun masih main masak-masak. Dengan budak umur 5 tahun pulak tu? Kejap 5 tahun, kejap 6 tahun? Dapat pulak masuk MRSM. Itu menunjukkan yang Uwais tu pelajar yang bijak tapi masih tidak tahu maksud kahwin? Dalam silibus Pendidikan Islam di sekolah rasanya ada ajar mengenai perkahwinan. Kalau tidak ada dalam sukatan pelajaran di sekolah rendah, ada dalam sukatan pelajaran di sekolah agama. Jarak umur ibu Uwais & Uwais pun dirasakan tidak sesuai. Ummi - 27 tahun - Uwais 34 tahun. Tapi umur ibu Uwais 40 tahun? Takkan kedua-dua ibu bapa Uwais tidak mengambil peduli langsung tentang khabar menantu mereka selepas kemalangan sehinggakan apa yang terjadi semua mereka tidak tau? Menantu mereka baru lepas kehilangan ayah, anak, patah kaki dan dalam pantang pula tu? Takkan takde inisiatif langsung untuk menziarah dan mengambil tahu?

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan