Penzahiran Amalan Profesional di Farmasi-Farmasi Komuniti oleh Azmi Sarriff
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis:
Azmi Sarriff
Kategori:
General Academics
, Science
ISBN:
978-967-461-155-2
Ukuran file:
6.72 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
"Secara global, peranan ahli-ahli farmasi telah mengalami transformasi hebat dalam tempoh
dua dekad yang lalu. Amalan-amalan farmasi telah beralih arah daripada hanya berfokus pada
penyediaan dan formulasi ubat-ubatan kepada penyampaian informasi ubat dan penjagaan pesakit.
Perkembangan ini berlaku setelah konsep dan falsafah penjagaan farmaseutikal diperkenalkan pada
tahun 1990 sebagai visi dan misi bagi profesion farmasi. Konsep tersebut menghuraikan tentang
sumbangan ahli farmasi terhadap penjagaan pesakit untuk mengoptimumkan penggunaan ubat
bagi meningkatkan hasil kesihatan. Sehubungan itu, pihak WHO telah menghuraikan ciri-ciri murni
yang dikenali sebagai seven star pharmacist bagi menyediakan ahli-ahli farmasi sebagai seorang
profesional kesihatan yang mantap.
Walaupun angin perubahan ini bertiup kencang, namun ia tidak mampu mengangkat amalanamalan
farmasi komuniti di negara ini ke tahap yang membanggakan. Ramai mempunyai persepsi
bahawa amalan farmasi komuniti di negara ini tidak profesional yang hanya mementingkan
perniagaan. Terlebih parah lagi apabila hak pendispensan telah dinafikan sejak sekian lamanya. Hal
ini memberikan tamparan hebat pada amalan farmasi komuniti kerana ketiadaan hak tersebut akan
mengehadkan amalan-amalan profesional dalam proses membekalkan penjagaan farmaseutikal
kepada pesakit-pesakit. Sememangnya, hal ini mencakupi serta melibatkan percaturan politik
dan sosiobudaya masyarakat tempatan. Walaupun tanpa hak pendispensan ubat, hakikatnya,
seorang ahli farmasi perlu memenuhi keperluan pesakit terhadap ubat-ubatan dan bersedia untuk
bertanggungjawab melaksanakan amanah itu. Justeru, ahli-ahli farmasi komuniti mempunyai
peranan penting untuk merealisasikan konsep penjagaan farmaseutikal terutama sekali bagi mereka
yang mengalami masalah kesihatan ringan yang memerlukan sediaan ubat tanpa preskripsi.
Melihat pada iklim tempatan yang masih bertembung antara perniagaan dan penjagaan pesakit,
serta perlu menangani perkara-perkara yang boleh membantut perkembangan amalan profesional,
ahli-ahli farmasi perlu dibekalkan dengan suatu kaedah dan pendekatan mudah bagi melakukan
kaunseling dan konsultasi swapengubatan kepada pesakit dan pelanggan yang mengalami masalah
kesihatan ringan. Di sini, aspek penting adalah untuk membuat keputusan cepat sama ada merawat,
tidak merawat, atau merujuk pesakit kepada profesional kesihatan lain. Keupayaan membuat
keputusan itu dipanggil sebagai proses triaging. Suatu rangka kerja yang dipanggil STARZ-DRP telah
digubal iaitu suatu mnemonik untuk melakukan triage di farmasi komuniti. Perlu ditegaskan bahawa
STARZ-DRP bukan merupakan suatu alat diagnostik mahupun protokol rawatan, ia semata-mata
suatu proses pemikiran yang bersepadu bagi membantu ahli-ahli farmasi komuniti membezakan
antara kesihatan ringan dengan penyakit utama.
Suatu projek demonstrasi telah dilakukan bagi melihat keupayaannya dalam keadaan klinikal.
Sejumlah 1,253 pesakit terlibat dalam projek tersebut yang dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu
kumpulan intervensi dan kumpulan kawalan. Hasil kajian menunjukkan bahawa masalah berkaitan
ubat (drug-related problem, DRP) sangat ketara dalam kalangan pesakit yang mengadu masalah
kesihatan ringan. Kesimpulannya, STARZ-DRP ialah suatu kaedah mudah dan cepat yang berupaya
membantu ahli-ahli farmasi komuniti membuat triaging decision serta membina komunikasi
langsung dengan ahli-ahli profesional kesihatan lain."
Ulasan
Jadilah yang pertama mengulas e-buku ini.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.