Memacu Kegemilangan Pendidikan Tinggi Berpaksikan Kemanusiaan oleh WAHID OMAR

Memacu Kegemilangan Pendidikan Tinggi Berpaksikan Kemanusiaan by WAHID OMAR from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: WAHID OMAR
ISBN: 978-983-52-1616-9
Ukuran file: 15.54 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Buku ini menggariskan gerak kerja UTM bagi tahun 2019. Ia membentangkan beberapa perkara asas yang memerlukan perhatian seluruh warga dalam menjayakan perancangan UTM bagi tahun 2019 dan tahun-tahun mendatang. Pelbagai inisiatif, pelan tindakan dan Indeks Prestasi Utama, serta Pelan Global UTM (2012-2020) dijadikan rujukan utama. UTM juga telah memulakan langkah menggerakkan persediaan pelan baharu, iaitu enVision UTM 2025. Agenda utama UTM disusun mengikut 6 Key Focus Area, di samping agenda khas UTM kampus Kuala Lumpur. Kita yakin UTM mampu menggembleng seluruh kekuatan dan sumber yang ada bagi melaksanakan segala agenda yang telah kita gariskan bersama. Menerusi pendekatan ini, penglibatan warga UTM adalah hampir menyeluruh menerusi sesi town hall, diperhalusi di peringkat pengurusan, dan diperakukan oleh Lembaga Pengarah Universiti. Seharusnya kita mempunyai rasa kesepunyaan, kebersamaan dan keterangkuman dalam menjayakan agenda ini dengan penuh hikmah. Tambahan pula, sektor pendidikan tinggi masa kini terhimpit akibat pertembungan antara empat pihak berkepentingan, iaitu negara dan politik, ekonomi dan pihak industri, teknologi digital, serta pelajar dan ibu bapa. Dengan kesatuan pemikiran, tindakan strategik dan bersinergi, warga UTM mampu memberi sumbangan yang terbaik dalam menjayakan pelan tindakan ini bagi memartabatkan universiti demi Kerana Tuhan Untuk Manusia.

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan