Dasuki, Bitterness In You oleh Rinsya Chasiani
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul:
Dasuki, Bitterness In You
Penulis:
Rinsya Chasiani
Kategori:
Chick-Lit
, General Novel
, Romance
ISBN:
e9789671654927
Penerbit:
Rinsya Chasiani
Ukuran file:
1.75 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
Pertemuan kali pertama dari detik tragedi kecil membawa keangkuhan Ahmad Dasuki.
"Yang you langgar-langgar orang, tak tengok kiri kanan tu kenapa? Teringin sangat nak jadi juling? This is stupid! Dah la ada meeting lagi lepas ni!" – Mad Ki
Dia, lelaki yang mengagungkan budaya hedonisme dan mahu dikenali sebagai Jason. Rambutnya perang terpacak, pakaian berjenama, jam tangan mahal dengan kereta yang bertukar-tukar.
Abeer bukan wanita yang mudah diperlekeh. Dia juga ada pendirian. Lelaki perasan orang putih seperti Mad Ki wajarlah diberi pengajaran supaya lelaki itu ingat sampai bila-bila. Bermula dari insiden kecil siram menyiram, Abeer menggelar lelaki itu sebagai Mad Ki.
Namun keadaan bertambah rumit bila arah tuju Mad Ki mula bertukar rentak.
"You kaya-raya, ada girlfriend yang juga kaya..." - Abeer
"Since you dah tahu I kaya dan berkemampuan, jom kita kahwin." – Mad Ki
Kerana dia wanita biasa, kenapa Mad Ki mengejar-ngejar dirinya? Desakan dan rayuan Mad Ki membawa mereka ke alam perkahwinan. Tapi ada rahsia yang masih terpendam.
Rahsia yang bakal menggoyahkan rasa cinta dan kasih sayang.
Rahsia yang akan menggoncangkan kepercayaan Abeer pada lelaki itu.
"I tahu you dapat maafkan I," – Mad Ki
"Kalau tu yang you fikir, you dah silap. I bukan selemah yang you fikir. I'm speechless. You pentingkan diri Ki. You pengecut, you sembunyikan kebenaran demi keluarga bodoh you ni! You know what? Walaupun you anggap I dah maafkan you, di mata TUHAN you tetap sampah!"- Abeer
Tegarkah hubungan setahun jagung ini bertahan demi cinta yang seakan tenggelam?
Benarkah cinta Mad Ki wujud untuk Abeernya?
Dan apakah erti sebuah perkahwinan tanpa pengorbanan dan keyakinan?
Di kala Abeer tak mampu dan berlalu, Mad Ki tetap berdiri kaku menanti setia wanita itu.
Ulasan
Dasuki
by farrahnaz syezadiah md husin on May 15, 2020
Best sangat.. Banyak pengajaran
best
by fiona salleh on May 23, 2020
novel ini best... tpi bnyak pulak untold story dia. tup2 hbs
Sangat Best
by Regyna Nyangon on November 05, 2021
best
D,BIY
by norhasliza binti yusoff on July 13, 2022
Sangat best!!
lawalkkkkk
by bella ahmad on September 16, 2022
lawak
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.