Duit Hantaranku Tak Cukup oleh Sarnia Yasmin
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul:
Duit Hantaranku Tak Cukup
Penulis:
Sarnia Yasmin
Kategori:
General Novel
, Romance
ISBN:
9789672035152
Penerbit:
Kaseh Aries Publication Sdn Bhd
Ukuran file:
1.77 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
“Macam mana nak kahwin kalau duit hantaran yang mak nak tu tak cukup-cukup!” - Khairina.
Emak mahukan lima belas ribu sebagai duit hantaran. Bukan niat emak hendak menyusahkan bakal menantu, tapi Khairina itu seorang sahajalah anaknya. Mestilah dia mahukan yang terbaik!
Sudah tak larat nak panjangkan tempoh pertunangan, hanya ada satu cara sahaja yang mereka berdua nampak. Satu keputusan terpaksa diambil demi menghalalkan hubungan yang ada.
“Kita ni kahwin lari tau!” - Muzaffar.
Macam tak sangka, perkara yang selama ini hanya dibaca di dada akhbar dan laman sosial, berlaku pada diri sendiri. Pernikahan mereka menjadi rahsia, namun rahsia itu sukar dibendung apabila masalah demi masalah datang menerjah. Dan masalah paling besar yang muncul buat jantung Muzaffar bagai hendak gugur.
"Mak nak Rin terima dia. Bukan setakat lima belas ribu dia boleh bagi, tapi dua puluh ribu pun dia sanggup tau tak? Mak bukan nak duit tu untuk mak, tapi untuk Rin. Mak nak hidup Rin senang!" - Puan Normah.
Apa yang harus dilakukan? Perlukah Muzaffar berterus terang dengan mentuanya? Atau dia perlu teruskan berahsia?
Muzaffar buntu mahu membuat keputusan. Diluah mati emak, ditelan mati bapak.
Ulasan
Jadilah yang pertama mengulas e-buku ini.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.