CIK SKUTER, I LOVE YOU oleh Amyliey Haizani

CIK SKUTER, I LOVE YOU by Amyliey Haizani from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Amyliey Haizani
Kategori: Teen Novel , Romance
ISBN: 978-967-86-0877-0
Ukuran file: 1.04 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Indahnya cinta saat kutahu ertinya rindu Muadz Hazami, lelaki yang tidak percaya pada cinta. Baginya cinta itu menyakitkan dan membuang masa. Perkenalan dengan Inas yang bermula dengan rasa benci akhirnya membuahkan rasa cinta di hati. Untuk memiliki Inas, Muadz Hazami telah bekerja dengan Dato' Zahari, iaitu papanya sendiri sebagai budak pejabat! Cinta Muadz kepada Inas bukan permainan. Dia rela berkorban demi sebuah cinta suci. "Apa kurangnya Azam! Azam dah minta maaf! Selama ni Azam anggap cinta semuanya mengarut. Kenapa? Sebab perempuan kebanyakannya kaki kikis! Tapi apabila Azam dah jatuh cinta, Inas boleh buang Azam macam tu aje! Inas buat Azam macam sampah!" - Muadz Hazami Namun rahsia tetap rahsia. Kehadiran Katrina mencalar dua hati yang sedang hangat bercinta. Katrina berusaha mendapatkan Muadz Hazami sehingga menyakitkan hati Inas yang pernah tergores. Inas yang berasa dirinya dipermainkan, mengambil keputusan mengundur diri. Penipuan Muadz Hazami begitu melukakan hatinya. Dia percaya, cinta lelaki itu hanyalah dusta. Walau ada cinta, maruah diri harus dijaga. Biarlah Katrina bersama lelaki itu. Dia rela daripada mengemis sebuah cinta. "Kenapa? Awak nak kahwin dengan Katrina? Dia anak orang kaya! Awak pun! Saya tak ada apa-apa Azam. Saya bukan orang senang. Tapi sekurang-kurangnya saya ada hati." - Inas Benarkah cinta itu tidak membawa apa-apa makna? Bahagiakah jiwa dengan fitnah yang datang secara tiba-tiba? Dalam derita, ada tawanya! Dalam suka atau duka, cinta tetap mekar jika ada rasa setia dalam dua jiwa.

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan