Ayahanda oleh Azizi Haji Abdullah
Ringkasan
Ini kisah seorang ayah yang disorot daripada kaca mata anak bongsu. Baginya, semakin cuba difahami hati tua itu, semakin sukar jadinya. Degil ayahnya bergerak seiring dengan usia. Tidak boleh ditegur, jauh sekali menerima nasihat anak-anak. Lantaran itu dia sering berburuk sangka, menaruh dendam dan marah yang bercampur dengan rasa bersalah. Sedangkan si ayah pula kaya dengan kasih sayang dan sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak-anaknya. Malah, tidak pernah berhenti berdoa agar keberkatan ALLAH selalu bersama mereka. Namun dia bukannya seorang yang mudah meluahkan rasa yang terpendam. Baginya, cukup ditunjukkan melalui perbuatan dengan harapan anak-anak mengerti. Hakikatnya, perasaan seorang ayah itu sukar diduga sekalipun digali sedalam mungkin oleh anak-anak sendiri.
Ulasan
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.