Memupuk Insan Seimbang: Cabaran Kepemimpinan oleh Dzulkifli Abdul Razak
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis:
Dzulkifli Abdul Razak
Kategori:
General Academics
, History
, Politics
ISBN:
978-967-440-578-6
Penerbit:
PENERBIT USIM
Ukuran file:
11.61 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
Umumnya falsafah pendidikan bertujuan untuk mencari dan mendekati lagi kebenaran demi untuk memaknakan kehidupan supaya ia sempurna, bijaksana dan seimbang. Ini dapat dilakukan melalui penyatuan ilmu yang diperoleh daripada pelbagai sumber sehingga terbit keinsafan diri untuk mengenali hakikat hidup seperti yang telah difitrahkan. Ilmu yang diberkati mampu menjadi pedoman dalam hal ini apabila keluhuran tujuan falsafah pendidikan tidak dicemari. Namun kini dunia pendidikan kian bergelora hasil daripada pelbagai desakan baru, terutamanya pengaruh dan faham neoliberalisme. Kesan yang paling jelas adalah pemesongan falsafah pendidikan ke satu arah yang tidak lagi mementingkan kebenaran dan hakikat serta fitrah hidup. Kekusutan yang banyak berpunca daripada pencemaran istilah dan maksud secara sedar atau tidak merumitkan lagi keadaan. Malang lagi tidak banyak pihak yang sanggup menyanggah pertembungan ini, dan dibiarkan terus bermaharajalela. Ramai yang seolah-olah lebih selesa menelan apa yang saja yang disuap kepada minda kita bagaikan qalbu tidak lagi bermaya, dan roh mulai luntur! Maka kita terjebak dalam satu kancah yang bakal merugikan khususnya generasi masa hadapan kerana kealpaan kita sendiri.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi saya jelas merupakan satu permulaan yang baik untuk membentengi kebanyakan daripada isu ini, tetapi memerlukan keluhuran yang mendalam sekali. Perbincangan dalam syarahan ini banyak membangkitkan soal kelompangan yang sedang berlaku sehinggakan wadah Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi kabur untuk mencapai matlamat yang disasarkan. Harapannya adalah untuk membangkitkan satu kesedaran agar kemurnian Falsafah Pendidikan Kebangsaan terus dipertahankan, jika tidak pun di perkasa supaya sesuai dengan peredaran zaman demi menangkis unsur-unsur yang boleh menggagalkan hasrat Falsafah tersebut, baik yang tersurat mahu pun tersirat. Di samping itu mengharungi cabaran-cabaran baru yang boleh mengugat nyawa, generasi masa depan, harta benda apabila aqli tidak dipimpin dengan kebijaksanaan. Inilah dia sebenarnya amanah dan tuntutan pendidikan dalam mencari dan mendekati kebenaran yang tiada ada tolak ansurnya. Apatah lagi dalam menggembleng gabungan naqli dan aqli bagi memugar semula pandangan alam demi masa hadapan negara bangsa dan ummah sejagat.
Ulasan
Jadilah yang pertama mengulas e-buku ini.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.