Sweet Dreams oleh Acik Lana
Ringkasan
Putri - Gelaran seperti Ratu Kelam Kabut, Minah Clumsy sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil lagi. Habis semua tiang dan dinding dia langgar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang. Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tak balance? . Namun beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu mutant atau superhero? Datangnya sering tanpa isyarat. . “Just tell me, kenapa you selalu muncul bila I susah? Macam mana you tahu semua benda tu akan berlaku?” ~ Putri. . . Qash Adam - Kesengsaraan hidup di zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. ‘Anugerah’ yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban. Dihina, difitnah, dicaci kerana punya ‘kuasa magis’ membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan? Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Datangnya dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar. . Namun kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Siapa gadis itu? Apa hubungkait antara mereka berdua? Dan dari satu pertolongan ke satu pertolongan mula menjelaskan maksud yang tersirat disebalik mimpi. Pentingkah kehadiran perempuan bernama Putri dalam hidupnya nanti? . “This might sound weird, Putri. But I’m different. Diri I tak macam orang lain.” ~ Qash Adam Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar. Namun sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin kemudian bercinta. Tapi di pengakhirannya… bagaimana?
Ulasan
Best.. Plot cerita yg x meleret2.. love it..
Worth it
Sweet dreams best!
Comment
Best.. I want it plz
Feel baca buku dgn tgk dekat tv lain
novel ni boleh beli kan?
Nice novel ??
Nice book to read.. not to lengthy.
dah installed.. tp xbole bace
Waste money..sib baik micheal ang tu creative n twist plot citer jadikn drama sweet dreams lebih menarik dari novel yg sendu ni
Cerita agak best tapi ada part2 yang macam kurang menarik sedikit.. ceritanya agak sedikit ringkas.. baca baca baca then dah habis.. selalunya saya baca novel makan masa 2 hari.. terlalu banyak watak qash and putri sampai watak lain aga tenggelam..
Jalan cerita yang menarik. Ermmm best plak kalau wujudnya Superhero camni....hehehhehe Tahniah Acik Lana
Love it
Super best
dah buat payment tapi x ada dekat library ..macam mana tu HHUHUHUH
BUKU NI SAMPAI ADA DRAMA DYA SEKALI!!!....HEBAT ANN
best sgt!
2 thumbs up, tahniah penulis. Jgn dinilai novel n drama dlm satu kelompok, sbb its totally diffrent. Sape yg tk puas ati, sila tulis novel sendiri...tgk blh tk. Keep up the good work cik penulis.
jalan cerita menarik..lain dari lain..cuma ada cerita yang tergantung seperti cerita mengenai keluarga qash
best
Sangat best..worth to read
mengharapkan 5 stars punya novel tapi maybe sebab novel lama so keterujaan dengan plot cerita kurang sikit even baca sinopsis macam best sangat dah. apa2 pun still ok,.
Novel Acik Lana memang best.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.