MALANG oleh Nabil Latib

MALANG by Nabil Latib from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul: MALANG
Penulis: Nabil Latib
Kategori: General Novel
ISBN: 9789672328100
Penerbit: Buku Fixi
Ukuran file: 0.83 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Tujuh hari selepas Pan dan rakan-rakannya pulang dari berkhemah di Gunung Jerai, negara digemparkan dengan kejadian tanah runtuh yang telah mengorbankan beberapa orang pengunjung. Pan bersyukur kerana kejadian itu tidak berlaku semasa dia berkhemah bersama sahabat-sahabat baiknya, Mat, Lan dan Jah. Pengembaraan seterusnya empat sekawan itu menjadi semakin ceria kerana mereka disertai seorang teman baru bernama Mia yang mula memikat hati Pan. Mereka bermalam di sebuah chalet di Pantai Merdeka. Tujuh hari kemudian, giliran Pantai Merdeka pula dilanda tsunami yang menyebabkan ramai mangsa mati lemas. Hati Pan gusar kerana dia sebenarnya merahsiakan satu insiden yang berlaku semasa mereka berkhemah di puncak Gunung Jerai tempoh hari. Selepas bencana ketiga berlaku genap tujuh hari selepas kumpulan lima sekawan itu menginap di sebuah hotel di Ipoh, Pan mula merasakan bahawa kejadian-kejadian tersebut ada kaitan dengannya. Semuanya sekadar kebetulan, atau adakah nasib malang sudah mula mengekori perjalanan hidupnya?

Ulasan

Just pendapat sendiri
by nurannis juliana bt zamri on September 02, 2019

Worth it untuk dibaca, suka gaya penulisan penulis setiap kali gambarkan sesuatu perkara especially bab makan, sumpah terhibur n terliur... i believe bnyk kajian di internet or bnyk tmpt yg telah dikunjungi utk memberi pendedahan kpd pembaca supaya dapat gambarkan, for that i puji effort yang bagus... novel yg lain drpd yg lain... penceritaan yg smooth n minimize watak yg ada, jdi xkeliru sgt... tapi di pertengahan, sejujurnya kind of meleret tapi still okay, sbb duk tunggu apa yg sbnrnya berlaku... ikatan persahabatan yg kuat, tapi sejujurnya tak minat sgt dgn perwatakan mereka except gurauan.. perwatakan mia yg cuba berubah n bertudung but still liar, i kinda off... tapi mungkin itu yg sebenarnya penulis cuba sampaikan, kerana itu semua berlaku di dunia nyata... tak semuanya indah dekat dunia ini right?, tapi sy boleh beri high mark for this novel sebab lain drpd yg lain, tarikan yg kuat diawal dan diakhir novel... tahniah for penulis, you should proud of yourself sbb berjaya siapkan this masterpiece!!!

AWESOMEEEE
by Muhammad Amirul on September 09, 2019

Sambung plssssss

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan