Penceroboh Hati oleh Dekna Lee

Penceroboh Hati by Dekna Lee from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Dekna Lee
Kategori: Teen Novel , Chick-Lit , Romance
ISBN: 978-967-14057-0-3
Ukuran file: 1.57 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Fikir Maya nyawanya bakal terselamat jika dia bersembunyi di estet itu. Siapa sangka? Tindakannya itu berakhir dengan dia diacu senapang patah oleh seorang peladang yang mendakwa dirinya anak kepada pemilik tanah persendirian tersebut. “Woa, woa woa... Easy... easy tiger... saya bukan masuk ke sini dengan niat tak elok.” - Maya Faez bukanlah seorang yang mudah mempercayai kata-kata orang. Tambahan pula kata-kata seorang penceroboh seperti Maya yang menyatakan bahawa dirinya dikejar oleh sekumpulan penjenayah kelas atasan macam dalam filem James Bond. Mengarut! “Oh... aku dah tahu kenapa mereka kejar kau. Mereka nak hantar kau ke hospital sakit jiwa kan?” - Faez Maya geram bila lelaki itu tidak mempercayainya. Mujurlah ada bapa Faez. Keputusan keluarga Faez yang mahu memberi perlindungan kepada Maya ditentang keras oleh Faez. “Where’s your humanity, son? Macam mana kalau dia kena tangkap ke apa ke dengan orang tu?” - Uncle Murad. “Let her be. That’s none of my business. Saya tak boleh terimalah yang semua orang percayakan cerita karut dia tu.” - Faez Atas dasar belas kasihan, Faez akhirnya bersetuju untuk membenarkan Maya tinggal di situ. Semakin lama, Maya semakin jatuh hati dengan estet itu. Faez bengang. Mula-mula Maya ceroboh tanah bapa dia. Lepas tu, gadis itu dah pandai ceroboh hatinya pula. Dia merasa hatinya yang telah mati bersama arwah isterinya dulu hidup semula. Kemunculan Anas mengaku bahawa dia bakal tunangan Maya merenggut segalanya. Faez terpaksa memendam rasa.

Ulasan

Best citer ni
by anafati on May 12, 2020

So guys..Sila baca ye..

Best
by hanim on November 14, 2020

Cerita memang sgt2 best, tapi naskhah ebook ni SANGAT2 bercelaru, please do something,terpaksa assume and agak2 untuk baca, tolong lah

Penceroboh Hati
by Siti Halijah binti Md Lizah on June 23, 2021

Sumpah best gila novel ni . Tak rugi baca . Bila dah baca takmau berenti pulak . Conform nak habis kam terus . Tahniah kepada penulis

Penceroboh Hati
by on November 28, 2021

Besttt

Penceroboh Hati
by Zaherani Tahir on January 30, 2022

Seronok baca novel ni.. jalan cerita cinta yang menarik.

Oklah
by Nor Hazirah Ishak on April 17, 2022

Banyak jugak skip

Boleh tahan
by Nur Izzati on May 20, 2022

Best jugak sebenarnya kisah ni. Banyak yang kelakar. Memang gila watak si Faez dengan Maya. Tak suka sangat cara diorg bergaul macam pegang tangan segala tapi mungkin tu benda biasa bagi orang lain.. entahla. Itu je yang saya tak berapa nak berkenan.

PH
by norhasliza binti yusoff on September 19, 2022

Sangat best.Perfect ending

PH
by Norita bt Hashim on January 24, 2023

best

Penceroboh Hati
by siti nadzirah binti mohd nadzir on August 21, 2023

Cerita ini menarik pada permulaan tetapi sedikit berjela pada akhirnya, terutama pada bahagian watak utama berkahwin dan kehidupan setelah itu sedikit awkward membacanya, namun secara general jalan cerita menarik, plot disusun Baik cuma perlu mengurangkan ayat-ayat dan scene yang sedikit berlebihan turut terhibur membaca biodata penulis, santai dan kelakar

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan