Lakaran Cinta Digaris Waktu oleh Luvis Eija

Lakaran Cinta Digaris Waktu by Luvis Eija from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Luvis Eija
Kategori: General Novel , Romance
ISBN: 9789670870229
Ukuran file: 0.87 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

“Cinta itu milik Allah.. Hadirnya, tanpa diduga Perginya, tanpa dipaksa..” KERANA rancangan bodoh Zakhwan, dua hati menjadi mangsa. Kerana terlalu cinta, Hanim terjerat dalam rasa. Kerana terhutang budi, Firash pula terpaksa mengadai maruah diri. “Dalam masa tiga tahun tu, macam-macam boleh jadi Zack. Aku tak berani ambil risiko. Aku manusia biasa Zack. Hanim juga! Jangan kau percaturkan hidup kami. Banyak cara lain lagi Zack. Kita fikir sama-sama okey?” ~ Firash. “Tak ada! Memang tak ada cara lain lagi dah, Rash. Kau tolonglah aku kali ni! Tiga tahun aje aku minta kau jadi suami Hanim. Lepas aku balik dari UK nanti, kau boleh ceraikan dia. Lepas tu, aku yang akan berkahwin dengan dia.” ~ Zakhwan. Apa lagi yang mampu mereka katakan, saat kedegilan Zakhwan memang tidak boleh lagi dilenturkan. Hati merelakan dalam terpaksa. “Hmm, nak cakap apa lagi Zack. Awak dah buat keputusan! Saya terpaksa akur dengan keputusan awak.” ~ Hanim. Dua hati bersatu tanpa cinta. Dua hati bergelut dengan rasa. Namun, tiada siapa boleh menduga. Cinta itu milik DIA. Boleh hadir dan pergi pada bila-bila masa sahaja. “Rash.. Saya tak nak berpisah dengan awak. Saya nak jadi makmum awak sampai bila-bila. Saya nak awak jadi imam saya sampai hujung nyawa..” ~ Hanim. Mampukah Firash menolak permintaan Hanim yang satu itu, sedangkan dia juga merasai hal yang sama. Mampukah dia menolak rasa sayang yang mula bercambah di hatinya kepada Hanim? Bagimana dengan janji dan tanggungjwab yang Zakhwan amanahkan untuk dia menjaga Hanim selama tiga tahun itu. Sanggupkah dia khianati janjinya pada sahabat yang sudah banyak menabur budi kepadanya? Zakhwan pula. Apakah dia akan kembali menuntut janjinya seperti apa yang pernah dia lafazkan ataupun melepaskan Hanim pergi dari hidupnya?

Ulasan

Best Novel Ni
by MOHD ZUL HELMI BIN NORDIN on March 17, 2020

Terbaek..

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan