Pertanian dan Komuniti Luar Bandar oleh Jabil Mapjabil, Rosmiza Mohd. Zainol, Norsuhanna Abd. Hamid
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Kategori:
General Academics
ISBN:
9789672166313
Penerbit:
Universiti Malaysia Sabah Press
Ukuran file:
10.40 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
Pertanian adalah perniagaan’ adalah ungkapan yang melambangkan sektor pertanian mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat dan negara. Sektor pertanian yang bertindak sebagai sektor penggerak ekonomi ketiga negara berupaya dikukuhkan melalui pemerkasaan komuniti tani, agropreneur dan komuniti luar bandar secara menyeluruh dengan penguasaan seluruh aktiviti tani dan potensi hasil pertanian di peringkat huluan serta hiliran. Oleh itu, penerbitan buku suntingan ilmiah yang bertajuk ‘Pertanian dan Komuniti Luar Bandar’ ini menepati kehendak semasa dalam memperihalkan serta menonjolkan tentang pemerkasaan komuniti luar bandar di Malaysia melalui pembangunan sektor pertanian. Penerbitan buku ini diharap dapat meluaskan ilmu dan memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya ahli akademik, penyelidik dan pelajar yang ingin memahami serta mendalami aspek pemerkasaan komuniti luar bandar melalui pembangunan sektor pertanian. Selain itu, buku suntingan ini sesuai dijadikan sebagai rujukan tambahan kepada pihak berkepentingan dan rujukan umum kepada masyarakat awam dalam menelusuri pemerkasaan komuniti luar bandar melalui pembangunan sektor pertanian di Malaysia.
Ulasan
Jadilah yang pertama mengulas e-buku ini.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.