MAJNUN oleh Zul Azlin

MAJNUN by Zul Azlin from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul: MAJNUN
Penulis: Zul Azlin
Kategori: General Novel
ISBN: 9789672328322
Penerbit: Buku Fixi
Ukuran file: 1.10 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Selama lebih kurang enam bulan, Al melakukan penyamaran semata-mata untuk misi mencari Chinta, seorang gadis Jogjakarta tang hilang selepas beberapa bulan berada di Malaysia. Hasil siasatan Al mendapati, kali terakhir Chinta dilihat memasuki bangunan HATAL milik seorang pakar psikiatri yang sangat popular di Malaysia, Dr. Aduka Taruna Ahmad Lazim. Dalam masa yang sama, Detektif Badrol telah ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan warga asing yang semakin meningkat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Siasatannya telah turut membawa dia ke klinik psikiatri Dr. Aduka Taruna yang dikatakan telah menyembuhkan ramai pesakit dengan rawatan terbaru. Detektif Badrol juga berkenalan dengan Alizee, seorang wartawan muda ranggi yang sering kelihatan di bangunan milik Dr. Aduka. Kebenaran yang terbongkar telah mengubah misi Al menjadi lebih gila. Misi menyelamat berubah kepada misi membalas dendam. Kebaikan dan kejahatan berbaur. Akhirnya kita tertanya-tanya, di dalam hidup ini, siapakah sebenarnya yang majnun.

Ulasan

Mcm tonton filem aksi!
by Noor Maizan binti Mohd Fauzi on April 15, 2020

Mula-mula agak pening nak faham tapi bila dah mula kenal watak, pembacaan makin lancar dan menarik. Suka prinsip Dr.Vanida, "Biarlah betapa parah hati itu dihancur luluh, dia tidak percaya yang bergosip itu ubat yang ampuh." Rasa macam tengok filem aksi bila watak Alizee mula bertindak. Kuat, tapi masih punya jiwa seorang wanita yg menagih syg seseorang yg sedang dlm perjuangan mencari jalan lurus. Baguslah Dr.Aduka belum mati, dia perlu hadap pengadilan yg sewajarnya.

Crime Drama Pembuka Mata!
by WAN MOHD SALMAN BIN WAN SALLAM on May 01, 2020

Sebuah karya crime drama fiksyen sains yang sangat menarik. Dalam karyanya yang bertajuk "Majnun" ini, penulis bijak menggunakan penulisan deskriptif bukan sebagai satu teknik yang dipajsa-paksa atau sekadar memenuhi keperluan sebagaimana karya fiksyen tipikal. Teknik deskriptif yang diguna pakai oleh penulis adalah lebih bertujuan meningkatkan relatability suasana sekitar babak-babak tertentu; sama ada di bandar raya, mahupun suasana ceruk kampung dan pantai. Sense of humour penulis juga sangat on point. Secara ringkasnya, untuk sedikit sebanyak jenaka yang dihidangkan dalam karya ini (walaupun ini bukan matlamat utama penulis, saya percaya), boleh dikatakan there is something for everyone. Untuk yang minat lawak umum orang awam ada, untuk minat pop culture pun ada jenakanya. Untuk yang minat muzik heavy metal mahupun muzik BBNU pun ada lawaknya. Untuk yang minat sejarah dan falsafah berat pun banyak referencenya. Selain itu, penulis mengetengahkan beberapa persoalan dan tema penting tentang aspek sosial dan menggabungkannya dengan cara yang berani seperti keadilan buat golongan marginal seperti golongan imigran, perbezaan taraf hidup antara golongan yang berbeza tahap sosioekonomi, dan harga dan nilai jiwa manusia yang berbeza hanya kerana darjat. Tambahan pula, penulis bijak mengetengahkan kemahirannya yang sedia ada iaitu kemahiran dalam amalan kesihatan mental bagi mewujudkan kesedaran tentang kepentingan pemahaman yang jelas dalam isu seperti ini. Sama ada secara penerangan langsung mahupun melalui penceritaan kehebatan pemikiran seorang penderita penyakit mental, penulis dilihat berjaya menjadikan kesihatan mental sebagai suatu advokasi yang ampuh, bukannya sebagai suatu senjata fiksyen yang menjatuhkan pihak berkepentingan dalam hal ini. Tidak dilupakan, antara yang terpenting, sudah tentulah paparan feminisme yang begitu kental melalui watak utamanya tidak harus diketepikan. Dalam karya ini, wanita bukan sebagai sekadar seorang watak sampingan yang menjadi pasangan buat peneman si hero lelaki, malah dia merupakan seorang yang punya kuasa untuk call the shot. Pada masa yang sama, dia masih seorang manusia yang juga menginginkan fitrah yang agung iaitu cinta. Tahniah atas novel debut ini!

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan