Dear Husband To Be oleh Lynn Safiya

Dear Husband To Be by Lynn Safiya from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Lynn Safiya
Kategori: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-2185-74-1
Ukuran file: 1.88 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Walaupun yatim pada usia 5 tahun, Deja tidak pernah lekang daripada kasih sayang dan perhatian. Dia ditatang bagai minyak yang penuh bukan saja oleh papa dan mamanya, tetapi juga ketiga-tiga abang angkatnya. Tiada yang kurang dalam kehidupan Deja, walaupun ada saja mata yang dengki akan tuah yang dikurniakan kepadanya. Deja membesar di depan mata Aidan, Irfan dan juga Nazran, abang-abang yang terlalu menyayangi dan memanjakannya. Seiring dengan peredaran waktu, Aidan mula menjarakkan diri daripada Deja, kerana dia sedar hukum tidak membenarkan mereka bergaul mesra seperti adik-beradik kandung yang lain. Tetapi adakah benar kerana hukum Aidan tidak lagi mahu mempamerkan kasih-sayangnya kepada Deja seperti yang lazim dilakukannya selama ini? Apakah sebenarnya yang dipendam oleh Aidan? “Kalau apa-apa terjadi pada mama dan papa, percayakan along. Trust him! Promise me!” – Encik Fahmi “So do you trust me?” – Aidan “Of course I trust you.” – Deja “Then marry me…” – Aidan Kahwin dengan Aidan? Memang taklah! Aidan itu abangnya. Takkan bisa dia melihat Aidan daripada kaca mata selain seorang adik. Dia geli, dia jijik mahu menganggap Aidan sebagai suaminya. Namun, janji tetap janji. Deja tidak sanggup menghampakan harapan papa yang telah banyak berbudi kepada dirinya. Atas sebab cemburu, ada yang dengki pada tuah Deja, terutamanya hubungan rapatnya dengan abang-abang angkatnya sendiri. Yang rapat mahu dijauhkan, dan yang mesra mahu direnggangkan. Rina takkan senang selagi hubungan Deja dengan Irfan tidak dipecahbelahkan. “… Yang aku tahu, Dee mesti dah bencikan kau sekarang ni. Jangan haraplah kau boleh rapat balik dengan Dee macam dulu. Jangan harap!” – Rina Sikap Deja yang terlalu berdendam pada keluarga sedarah sendiri juga, akhirnya membuat Aidan lelah. Hubungan mereka sekeluarga yang dulunya amat rapat, kini berantakan. Satu demi satu, Deja ditimpa ujian yang maha hebat. Mampukah Deja bahagia bersuamikan Aidan, abang angkatnya sendiri? Bisakah hubungan yang sudah punah disatukan kembali? Mengapa Rina terlalu cemburu akan Deja? Apa motifnya mahu merampas kebahagiaan Deja?

Ulasan

Best!
by anafati on May 10, 2020

Cerita yg menarik utk di baca..

husband to be
by orked on March 26, 2021

tak boleh download

HUSBAND TO BE
by Siti Halijah binti Md Lizah on July 16, 2021

Best sangat . Tahniah kepada penulis .

Husband To Be
by on January 19, 2022

Sangat menarik

dear husband to be
by Fatimah binti Harun on June 26, 2022

best berbaloi baca

husband-to-be
by Arifa Nur Maisara Binti Noorazman on August 18, 2022

best sangattt!!! worth it

terbaik
by irdina on September 03, 2022

plot tersusun rapi dan jalan cerita cantik. saya sukaaaaa

HTB
by norhasliza binti yusoff on November 16, 2022

sangat best,worth to read

Dear Husband To Be
by on November 18, 2022

Suka cerita ni. Bahasa yang mudah dan jalan cerita yang menarik. Mungkin ramai yang tak suka watak utama heroin Deja sebab terlalu manja tapi dia dibesarkan macam tu dan semua menyayanginya. Aidan seorang yang terlalu penyabar dan amat bersesuaian dengan karakter isterinya yang selalu mencabar kesabarannya. Bagus sangat jadi seorang doktor. Cuma tak berapa berkenan dengan lepas laku adik beradik ni. Watak antagonisnya pula mencabar pemikiran pembaca untuk memikirkan rasionalnya bersikap sedemikian. Keseluruhannya, karya ini membawa mesej kekeluargaan yang penuh dengan kasih sayang..

Best
by Nurul Alia on April 26, 2023

Comment

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan