Kahwin Paksa Ke? oleh Yumi Hyra

Kahwin Paksa Ke? by Yumi Hyra from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Yumi Hyra
Kategori: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-2185-71-0
Ukuran file: 1.51 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Kahwin Paksa + Gaduh manja + Momen manis bergula = Happily Ever After Itu formula kahwin paksa luar biasa Dian Eryna. Baru sahaja dia berangan-angan dengan jalan cerita kahwin paksa versinya, watak hero kahwin paksa pilihan abahnya pula menolak. Maka terus tamatlah jalan cerita kahwin paksa versi Dian! Beberapa tahun kemudian, calon kahwin paksa tak jadi Dian tiba-tiba muncul di hadapan mata. Bermula dari saat itu, hidupnya mula huru-hara. Semuanya gara-gara si apek poyo a.k.a. Ariq Huzair Cheah. Mula-mula Dian rasa macam terseksa tetapi lama-lama jadi suka pula. Dia sebenarnya suka menyakat Ariq. Ada sahaja idea nakalnya. “Nak pergi mana?” – Ariq “Pergi ke hati awak.” – Dian Bagi Ariq Huzair, siapa sangka calon kahwin paksa yang pernah ditolaknya itu sebenarnya menghiburkan hati. Dian itu comel dan kelakar. Tapi… kalau sudah berjodoh memang takkan ke mana. Kisah Ariq dan Dian yang tiba-tiba tular di media sosial menyebabkan mereka bersatu juga akhirnya. “Saya kena bagi early disclaimer dekat awak sebab bila awak berkahwin dengan saya, saya akan paksa awak sampai awak jatuh cinta …” – Dian Jalan cerita kahwin paksa versi Dian yang kononnya sudah tamat bermula semula. Dia mula merancang untuk menawan hati si apek poyo sampai jatuh cinta. Namun, tanpa sedar ada hati yang terluka dan cemburu. Baru sahaja mereka mahu merasai ‘happily ever after’, datang pula pelbagai dugaan dan cabaran. “Awak sebenarnya kesian dekat saya kan? Sebab saya ni yang macam terhegeh-hegeh sangat dekat awak sedangkan awak sebenarnya tak ada perasaan pun dekat saya.” – Dian “Kenapalah you selalu lupa yang I memang sayangkan you, cintakan you?” – Ariq Masihkah ada peluang untuk Dian menjadikan kahwin paksanya dengan Ariq sebagai kahwin paksa yang luar biasa? Atau formula yang sebenarnya ialah Ariq + Dian = Memang Kahwin Paksa

Ulasan

Best
by anafati on April 09, 2020

Tak kering gusi gelak baca citer ni..hahaha...

Kahwin Paksa Ker?
by Nur fardillah ibrahim on April 09, 2020

Best sgt! Kena baca taw

Kahwin Paksa Ke?
by Tharuna Appalaidu on May 08, 2020

Comment

Kahwin Paksa Ke?
by on February 20, 2021

cute and sweet

Kahwin paksa ke?
by on May 25, 2021

ok citer ni best tau. WAJIB baca!

Kahwin Paksa Ke?
by on July 12, 2021

Comel ja kisah Dian aka Didi dan Ariq aka Apek poyo memang lawak.Dian yang 'happy go lucky' dan Ariq yang 'poyo'.Tersengih-sengih baca buku ni.

Kahwin Paksa Ke?
by on August 14, 2021

Jawapannya kahwin dengan rela hati.. tapi sebab tak nak mengaku, nampak macam kahwin paksa. Banyak berlaku situasi yang mencuit hati. Tersengih, tergelak-gelak membacanya. Dian Eryna tu sempoi sangat, jenis tak kisah dan mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Terlalu lurus sehingga tak perasan kawan baiknya sendiri sukakan dia. Memang jadi heroin novel sungguh. Ariq Huzair pula asalnya beku, serius dengan kerjayanya menjangkit perangai Dian yang dicintai dalam diam tu. Jatuh cinta pandang pertama agaknya dengan Dian bila hatinya asyik memuji Dian seorang yang interesting. Cuba berlagak seperti action will speak louder than words tapi yang membaca ni pun tak dapat menyelami perasaan Ariq tu. Sepertinya watak antagonis tidak berjaya mengganggu gugat pasangan ini. Sesuai dibaca untuk bacaan santai..

cikeri
by SITI RAHMANI on October 14, 2021

sweet...bole layan

Cutest
by on February 09, 2022

ariq + dian = cutest couple ever

Kahwin Paksa Ke?
by Arifa Nur Maisara Binti Noorazman on April 16, 2022

awww comel sangat

best!!
by normaziah zulkifli on July 07, 2022

best sangat!!

Love!
by AHM on September 16, 2022

Ariq and Aliff? Saya pilih dua2 hehe

Kahwin Paksa Ke?
by irdina on November 08, 2022

Watak utama: 1. Ariq - a chinese malay 2. Dian - aka Didi Cerita: Plot 8/10 seronok lah juga

kahwin Paksa Ke?
by Fitriana Bahrum on March 30, 2023

Jalan cerita yang unik dan seronok untuk dibaca.

Kahwin Paksa ke?
by NURUL AZZAHIYAH BINTI MAT NOH on June 13, 2023

Akhirnya, habis jugak baca cerita ni. Saya suka jalan cerita dia yang agak lain dari yang lain. Bukan typical kahwin paksa punya romance. Cerita ni sangat kelakar disebabkan perangai sengal si Didi yang suka menyakat Apek Poyo aka Ariq Huzair. Cuma kadang-kadang saya agak rasa annoying dengan perangai Didi. Overall, cerita ni best, tpi tulah ada part yang saya rasa agak bosan. Anyway, korang yang minat cerita yang kelakar dan santai boleh try baca cerita ni.

kahwin paksa ke
by on November 27, 2023

hahahahah sumpah lawak. rasa stress boleh baca citer ni

kawin pakse ke
by Deeyah on December 23, 2023

the best novel, asyik nam senyum je bl bc

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan