Silhouette oleh Karra Ryna

Silhouette by Karra Ryna from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul: Silhouette
Penulis: Karra Ryna
Kategori: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-2185-89-5
Ukuran file: 1.36 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

“Eh, aku ada banyak duit. Berapa banyak kau nak aku boleh bagi. Semua benda aku boleh beli, faham?” – Thalea Aleesya “Kalau macam tu, kau pergi beli otak yang pandai sikit, ganti otak sekarang. Bodoh sangat.” – Razin Qayyim Pertemuan mereka bermula dengan pertengkaran. Thalea yang berlagak membuatkan Razin naik angin. Namun, pertolongan Razin pada malam itu membuatkan Thalea terhutang budi. Dia cuba mendekati Razin untuk membalas budi lelaki itu. Namun, ada saja alasan Razin untuk menolak. Kejadian demi kejadian mencambah rasa dua jiwa. Namun Razin cuba menidakkan. Dia rasa dia tidak layak mengecap bahagia. Tidak mungkin dia melupakan dendam yang masih bersisa. Sesuatu yang telah berlaku terhadap bapa Thalea membuatkan sikap Razin mula berubah, dan dengan sedaya upaya dia cuba melindungi Thalea daripada bahaya. Kali ini dia mesti menang dan membela apa yang telah hilang. “Dengan apa yang jadi… aku yakin, selain aku… kau mampu lindungi Thalea. Jadi… aku nak tanya kau soalan terakhir, kau sudi tak jaga adik aku? Jadi suami dia?” – Hadif Alfian Tawaran Hadif, abang Thalea membuatkan Razin mempersoalkan kemahuan hatinya. Dia nekad dan pasti, inilah bahagia yang hatinya mahukan. “Walaupun awak tak pernah tanya, tapi saya nak awak tahu… saya kahwin dengan awak sebab saya cintakan awak dan nak lindungi awak. Bukan simpati…” – Razin Qayyim Namun, bahagia yang diidam terlalu banyak halangan. Kisah silam sentiasa mengekori kebahagiaan yang mahu dicipta. Ada manusia yang berdendam dan mahu Razin terus lenyap di dunia ini. Setelah apa yang berlaku, adakah Razin akan memberi peluang pada hatinya semula? Adakah Razin akan terus memperjuangkan bahagia yang dia inginkan? Mampukah insan-insan tersayang menerima kisah silamnya, atau membuang jauh dirinya?

Ulasan

Best
by Norizah bt mansor on April 10, 2021

menarik dan berbeza...

Silhouette
by on June 20, 2021

Cerita yang menarik..

silhoutte
by on September 29, 2021

bestttttt

Padat
by Nor Hazirah Ishak on January 16, 2022

Jalan cerita teratur wlpn ada banyak flastback scenes. Cara penceritaan sgt menarik tak ada pun yg membosankan.

Silhouette
by Nurliyana Binti Sakariah on February 11, 2022

Penggunaan bahasa dan ayat yang menarik serta teratur. Jalan cerita pun besttt sangat.

Best
by Nadia Bt Sheikh Mohamed on April 15, 2022

Best gila!!! Semua rasa ada

Good story
by bellachan on September 29, 2022

Beli sebab tertarik dengan cover. Kalau ni novel pertama dari penulis, atau penulis baru, memang harus diberi pujian. Jalan cerita menarik, tetapi ada beberapa bahagian boleh dikembangkan menjadi lebih menarik.

buku best!
by nurinn on May 28, 2023

seriously,memang best! if u suka baca buku yg ada scene berlawan/seksaan, buku ni sangatlah di syorkan kepada anda <3

silhouette
by siti nadzirah binti mohd nadzir on June 18, 2023

novel yang menarik penuh cerita keluarga dan isu yang sebenarnya wujud dalam masyarakat yang kaya dengan masalahnya yang miskin dengan masalahnya yang didera dan dari broken family dengan masalahnya yang di groomed untuk menjadi penjenayah dengan masalahnya tiada yang terlepas dari masalah dalam hidup tanpa mengira pangkat dan darjat semuanya saling berkait hingga akhirnya membawa kepada satu kebenaran dan kenaikan dalam hidup masing-masing setiap sesuatu itu ada hikmahnya meskipun terlalu pahit untuk ditelan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan