Pendirian Humairah sangat jelas apabila meletakkan garis sempadan agar tidak didekati lelaki kerana takut dengan hukum Allah. Langsung dia tidak memberi kelonggaran pada dirinya untuk menyambut perkenalan daripada sebarang lelaki sehinggalah Darren Tan, pemuda berwajah kacukan muncul dalam hidupnya dalam satu suasana kecoh di premis perniagaan lelaki itu.
Orang sakit tak boleh sombong. Nanti tak ada orang nak tolong. Jaga ubat sedut awak baik-baik. Jangan cuai lagi.
YANG TOLONG KUTIP UBAT AWAK ATAS LANTAI SIMEN,
Darren Tan.
Bait-bait ayat yang disusun si tukang tulis buat Humairah rasa tersindir. Namun, Humairah tidak ambil peduli. Nak dikatakan dia sombong, angkuh atau ego? Dia tidak kisah.
“Saya tak hutang apa-apa dengan awak, Encik Darren. Saya pukul kepala awak sebab memang tu yang perlu awak dapat. Siapa suruh awak berani pegang adik saya? Awak bukan mahram kita orang. Awak lelaki yang tak halal untuk sentuh dia!” – Humairah
“Kalau awak tak nak terima, saya akan saman awak atas tuduhan memukul.”
“Saman jelah. Saya tak takut.” – Darren
Bermula daripada salah faham, timbul pula perasaan cinta. Darren ingin memiliki tetapi ada perkara yang menyekat keinginannya. Humairah gadis warak, alim, anak ustaz, sedangkan dia lelaki jahil yang masih tercari-cari. Apakah bisa dicantumkan dua hati yang berlainan taraf ilmu agama ini?
“Jangan ikut saya.” – Humairah
“Mana boleh tak ikut? Humairah isteri saya. Ke mana saja Humairah pergi, saya kena ada.” – Darren
Ulasan
Mu Zaujah Humairah
by NURUL ASNIDA MUKHTAR on May 26, 2020
Best citer ni... kelembutan dan ketegasan humaira dalam mendidik suami ke arah jalan yang lurus...
My zaujah humaira
by Nor Azizah ramli on July 05, 2021
sepuluh bintang. Novel ni penuh dgn nasihat dan tauladan sebagai seorang Islam. byk perkara basic yg selalu kita abaikan dlm kehidupan. Andai la kita kehidupan kita sentiasa di atas landasanNya pasti aman je dunia ni. Semoga byk novel lagi yg mcm ni..
My Zaujah Humairah
by on September 26, 2021
Novel ini bercirikan Islamik. Banyak ilmu pengetahuan diselitkan sebagai pengajaran untuk pembaca. Cuma perwatakan Humairah itu digambarkan sebagai terlalu sempurna dan solehah. Masih wujudkah lagi insan seperti itu? Darren yang baru berhijrah ke arah yang lebih baik pula banyak belajar daripada Humairah dan mendapat semangat untuk belajar daripada isterinya. Mungkin penolakan Humairah yang pernah diterima oleh Darren menyebabkan Darren menjaga betul-betul hubungan mereka setelah berkahwin. Ada sedikit konflik yang timbul pula dapat diatasi tanpa berlarutan lebih lama. Sesungguhnya dalam kehidupan ini akan lebih bermakna jika apa-apa yang dilakukan dibuat berlandaskan kepada ajaran agama..
Alynaz(My Zaujah Humairah)
by on March 24, 2022
Best
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.