Transformasi Ramadan 2.0 oleh Hasrizal Abdul Jamil

Transformasi Ramadan 2.0 by Hasrizal Abdul Jamil from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Kategori: Religion , Islam
ISBN: 978-952-94-3238-7
Ukuran file: 4.12 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Transformasi Ramadan pernah diterbitkan sedekad yang lalu sebagai naskhah kecil untuk meneman pembaca membuat persiapan diri menjelang Ramadan. Naskhah berkenaan juga telah diterbitkan semula di dalam versi terjemahan bahasa Inggeris dengan tajuk Reviving the Spirit of Ramadan: Beyond Do’s and Don’ts. Transformasi Ramadan 2.0 adalah naskhah kelangsungan versi sebelumnya, lahir di dalam suasana seluruh dunia sedang gementar berdepan dengan pandemik virus hari ini. Situasi semasa memaksa kita untuk lebih merenung, apakah sebenarnya nilai dan keutamaan di dalam seluruh kehidupan, termasuk Ramadan dan amalan-amalan yang hadir bersama dengannya. Ramadan untuk transformasi diri harus pergi lebih jauh daripada persoalan APA dan BAGAIMANA. Bulan yang disediakan oleh Allah ini, perlu diterokai seputar persoalan MENGAPA, kerana di dalamnya terkandung HIKMAH dan JAMBATAN ZAMAN.

Ulasan

Transformasi Ramadan 2.0
by Aina Dayana Hilmi on February 09, 2021

Puasa bukan hanya menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa. Hasil yang diinginkan ialah taqwa. Apa itu taqwa? Tidak lain iaitu berhati-hati dalam setiap tingkah. Definisi puasa dan ramadan dilihat dalam perspektif yang lebih menyeluruh. Merangkumi akidah, ibadah, adab dan isu semasa yang berlegar dalam masyarakat islam. Puasa sebagai latihan untuk berkata tidak. Tidak melakukan maksiat. Tidak cenderung bernafsu melakukan zina. Tegas dengan prinsip diri berlandaskan akidah kepada Allah. Buku ini memberi pencerahan minda buat saya yang sudah berpuluh tahun melalui ramadan. Ya Allah, semoga bertemu ramadan akan datang.

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan