Takrut & Stesen Terakhir oleh Maria Kajiwa
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul:
Takrut & Stesen Terakhir
Penulis:
Maria Kajiwa
Kategori:
General Novel
ISBN:
978-967-2185-76-5
Penerbit:
Love Novel Publishing Sdn. Bhd.
Ukuran file:
2.56 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
TAKRUT
Seutas tangkal yang dipanggil Takrut Agung menjadi rebutan dua buah negara. Tangkal yang telah mengubah sejarah peperangan dan mengorbankan ribuan nyawa. Menyedari betapa besarnya kuasa tangkal tersebut, seorang sami menguncinya dengan mantera bersama nyawanya sendiri.
Masa berlalu, seorang pemuda bernama Wafiq dihantui penampakan yang menyerupai arwah ayahnya di mana-mana. Takut dan gelisah memaksa dia dan pembantu ayahnya mencari punca dan penyelesaian. Usaha itu membawa mereka ke Melaka demi mencari sebuah kitab lama. Rahsia demi rahsia terbongkar. Namun usaha mereka diancam dan dihalang banyak pihak.
“Lelaki yang pakai kain kuning. Badan dia penuh kudis. Muka dia macam muka ayah. Mana dia pergi?” – Wafiq
“Muka macam ayah? Di mana Wafiq nampak?” – Hamid
Apakah kaitan antara Wafiq dan tangkal yang telah berusia ratusan tahun itu? Dapatkah Wafiq memisahkan diri daripada gangguan tersebut?
STESEN TERAKHIR
Pada tahun 1942, terdapat sebuah stesen kereta api di sebuah kampung lama di Melaka. Namun satu kejadian telah menyebabkan stesen itu terkubur daripada sejarah dan dimansuhkan daripada peta.
Tiga orang anak muda ke kampung itu untuk menjejak stesen kereta api yang terakhir itu, namun secara tidak sengaja telah membuka pagar yang mengunci puaka tempat itu. Sejak itu hujan darah kembali turun dan pelbagai kejadian aneh berlaku. Penduduk kampung juga hilang seorang demi seorang.
“Air yang turun sudah bercampur darah, Awa. Sudah 50 tahun lalu hal ini tak berlaku.” – Pak Ismail.
Pak Ismail dan anaknya Imdad cuba menyelesaikan masalah itu dengan bantuan seorang gadis misteri bernama Muhayya. Namun dapatkah mereka menyelamatkan penduduk kampung sebelum terlambat? Apakah rahsia yang tersimpan di stesen kereta api tersebut?
Ulasan
Jadilah yang pertama mengulas e-buku ini.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.