Jodoh Salah Kaut oleh Aein Dhiyauddin

Jodoh Salah Kaut by Aein Dhiyauddin from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Aein Dhiyauddin
ISBN: 978-967-2225-14-0
Ukuran file: 1.53 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

“Ini bakal suami saya.” – Rania Indah Rania… Sangkanya dia menarik Amri untuk diperkenalkan sebagai bakal suami kepada bekas suaminya yang tiba-tiba muncul. Namun dia tidak menyangka tersalah kaut orang. Orang yang ditariknya bukan calang-calang. “Ya, kami akan bernikah.” – Kai Khairul Amilin atau lebih dikenali sebagai Kai merupakan seorang model dan penyanyi terkenal. Tiba-tiba datang seorang wanita memperkenalkan diri sebagai calon isteri, di hadapan wartawan pula tu! Jadi terpaksalah dia mengaku dan mengikut rentak wanita itu. Tercalarlah imejnya jika berkata tidak. “Saya minta maaf sebab salah kaut orang tadi. Kita beritahu wartawan ini semua prank. Boleh, kan? Awak pun salah jugak sebab mengaku tadi.” – Rania “Kau kena kahwin dengan aku. Kau kena bertanggungjawab sebab buat nama aku busuk! ” – Kai Rania dan Kai terpaksa bersatu dalam sebuah perkahwinan hanya disebabkan kejadian itu. Rania cuba menghalang dirinya daripada jatuh cinta, tetapi tarikan Kai sungguh kuat. Hatinya cair! “Mengaku ajelah kau cemburu. Habis cerita.” – Kai “Ya, aku cemburu! Sangat cemburu! Aku cintakan kau. Itu yang kau nak dengar, kan?” – Rania Walaupun hati mula mencintai, namun masih terdetik curiga. Kai seperti banyak berahsia dengannya. Dan Kai juga punya rahsia di sebalik lagu Cinta Hatiku. Siapakah sumber inspirasi dan pemilik sebenar cinta Kai? “Aku nak tahu lagu Cinta Hatiku tu dicipta untuk siapa sebenarnya?” – Rania Setiap rumah tangga pasti diuji. Ikram, bekas suami Rania tiba-tiba menjadi lelaki gila talak. Ada sahaja helahnya untuk memisahkan dua hati yang mula menyemai cinta. “Apa agaknya dia akan cakap kalau dia tahu awak mandul, Rania?” – Ikram Keadaan jadi bertambah rumit dengan kehadiran Tengku Amanda. Siapakah pula Tengku Amanda dan apakah helah gadis itu?

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan