Terus Setia Menjadi Imamku oleh MIA AZWARI

Terus Setia Menjadi Imamku by MIA AZWARI from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: MIA AZWARI
ISBN: eISBN978-967-17946-8-5
Ukuran file: 4.97 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

“Sayang...” jerit Aina separuh gedik. Kerana insiden dirinya diganggu sekumpulan lelaki, Aina menangkap tangan seseorang yang tidak dikenali dan berlakon yang lelaki itu adalah suaminya. Pada Syamil, wanita itu penuh drama. Maka dia sering memperlekeh Aina setiap kali pertemuan tanpa sengaja antara mereka berdua. Dan siapa sangka, takdir menentukan bahawa mereka bakal diikat dengan ikatan suci. Namun bagi Syamil, ikatan itu dilakukan demi permintaan seseorang. Dia bersedia memutuskan apabila tiba waktunya. Bagi Aina, kasihnya terhadap Syamil telah bermula sebaik sahaja lelaki itu melafazkan ijab dan qabul. Belum sempat Aina ingin meluahkan rasa cinta, dirinya dilukai sehingga dia nekad membawa diri. “Dia pindah ke mana?” - Syamil “Entah... yang tu kami tak tahu. Cuma kami dengar dia terima tawaran belajar di luar negara. Itu aje…” Syamil hilang arah apabila dirinya ditinggalkan... Tergamak Aina membawa sesuatu yang cukup berharga buat Syamil. Dirinya dikhianati semudah itu sedangkan rasa cintanya telah mengunung tinggi! Bertahun terpisah, mereka bertemu di hospital tempat Aina bekerja. Layanan dingin Syamil membuatkan Aina menyangka lelaki itu telah membencinya. “Saya dah hampir putus asa. Adanya baiknya dia lepaskan saya kalau itu yang buat dia bahagia…” - Aina Puan Dahlia, ibu Syamil berkeras mahu mengahwinkan Syamil dengan Laila sementelah hubungan Aina dan Syamil sedang kucar kacir. Adakah terlerai masalah yang menjerut dalam hubungan mereka berdua? Apakah alasan Aina sehingga sanggup meninggalkan Syamil sebegitu lama? Dan masihkah Syamil mahu melepaskan Aina sebagai makmum dalam hidupnya?

Ulasan

Terus Setia Menjadi Imamku
by Fariha Mustapha on October 12, 2020

Jalan cerita yg menarik. siapa yang da bosan baca novel jalan cerita sama, try beli novel ni. goodjob penulis

Terus Setia Hingga Jannah
by Niess Aziz on December 31, 2020

Seronok baca..tak sangka, novel ni adalah kesinambungan daripada mr beku.so,kene baca mr beku dulu...baru baca novel ini...besr sangat,terubat rindu dekat piah

terus setia menjadi imamku
by Norhanis fatihah on January 11, 2021

power la author boleh buat cerita sedara mara tpi scene x berulang setiap novel. best sngt dari Farhan,Fakrul Syamil semua best. pasni blh jdi favourite author saya

Setia menjadi imamku
by Emelina on February 12, 2021

Best. Terbaik.

Best
by Nurul Sakina bt Sawal on February 12, 2021

Best sgt XD

Terus Setia Menjadi Imamku
by Juyana Kastop on April 14, 2021

Best!!!

best
by Nur cahaya on June 05, 2021

best sgt, mnrik buku dri sis mia Azwari.

Terus Setia Menjadi Imam ku
by Zaherani Tahir on February 01, 2022

Suka jalan cerita ni. Tak membosankan. Best!

Terus Setia Menjadi Imamku
by Syarra Noor on April 16, 2022

Suka dengan cara pengolahan penulis yang tersusun dan kemas.. Semua watak yang ada fungsi untuk menggerakkan jalan cerita & bukan sekadar 'filler'. Suka juga sebab walaupun watak Syamil & Aina masih muda, penulis tak buatkan watak utama ni terlalu 'cringe'.. Dua-dua watak utama jelas dengan apa yang mereka nak, cuma mungkin ada tersilap buat keputusan sebab masih muda. Bacaan santai yang terselit pengajaran. Overall, saya suka :))

Terus Setia Menjadi Imamku
by Nuru Hasnawiah Binti Yusof on June 06, 2022

Dah jatuh cinta dengan watak aina & syamil.tak rugi baca novel ni. Recommended

best
by normaziah zulkifli on July 03, 2022

best..xmeleret...

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan