Mr Right Untuk Aku oleh Sara Kyoko
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul:
Mr Right Untuk Aku
Penulis:
Sara Kyoko
Kategori:
General Novel
ISBN:
9789670870335
Penerbit:
Penerbitan Anaasa PLT
Ukuran file:
0.69 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
Camellia Hayyani aka sang Kameleon, 30 tahun, pereka fesyen terkenal. Mewangi dalam dunia
fesyen tanah air, tapi, membusuk dalam dunia percintaan! Satu senarai yang membariskan
puluhan ciri -ciri ‘Mr. Right’nya telah menyebabkan deria rasanya tertutup untuk merasai
kehadiran lelaki yang betul-betul tulus menyintainya.
‘Kalau nak jadi suami Camellia Hayyani, kenalah betul-betul jadi the Right Guy! Mr. Right.
Hidup bersama bukan untuk sehari dua, kalau boleh mestilah untuk seumur hidup’
Taufiq Mizan aka Mr. Wrong, 35 tahun, seorang guru. Tahu apa yang dimahukan di dalam
hidupnya, tapi sukar mengekspresikan diri kerana terbelenggu dengan rasa kasih dan hutang
budi. Membujang selama ini bukan kerana tidak laku. Menurutnya, membahagiakan ibu tercinta
adalah yang paling utama dalam hidup.
“Pik bukan macam Miji. Tak perlu nak menarik perhatian perempuan dengan pakaian,
mak. Kalau pakai macam ni dia ingat Pik ni selebet, sengkek, tu maknanya dia hanya pentingkan
penampilan, bukannya apa yang ada dalam hati. Perempuan macam tu pun tak guna nak
dijadikan bini jugak.” - Taufiq Mizan
Pertemuan yang bermula akibat salah faham, akhirnya membuahkan rasa kasih dan sayang.
Lebih-lebih lagi setelah kedua-duanya puas diasak dengan rasa cemburu!
“Mata aku sebenarnya yang terlebih gatal tengok kau orang berdua yang berlagak
macam pasangan dah kahwin. Merenyam! Gatal mata aku terus ke tekak. Tu yang aku tersedak
tu. Aku rasa nak cari ENT specialist lepas ni. Ehem! Ehem!” – Taufiq Mizan
“Menyampah? Habis yang korang berdua asyik bergesel-gesel dari butik aku macam
anak kucing tak cukup kasih sayang tu? Berbisik-bisik, tergelak-gelak gatal tu, tak apa? Orang
tak menyampah?” - Camellia Hayyani
Bolehkah hubungan antara Camellia dan Taufiq yang sering tercalar oleh ego dan pendirian
masing-masing ini diikat dengan tali percintaan dan seterusnya pernikahan?
Bagaimana pula nanti dengan Tirmidzi Mirza? Si adik yang muncul untuk menuntut haknya?
Apa pula yang akan terjadi dengan Shaima Husna? Gadis muda yang kembali menuntut janji?
Apakah Taufiq akan terus akur dengan kehendak adiknya dan kemahuan ibunya? Dan Camellia,
akan terus setia dengan senarai ciri – ciri ‘Mr. Right’nya? Emmmm...
Cuma, yang seorang Camellia Hayyani tidak tahu, kalau dah jatuh cinta yang ‘wrong’ pun boleh
jadi ‘right’!
Ulasan
Just nice
by anafati on November 01, 2020
Ok la
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.