Chot oleh Azizi Abdullah
Ringkasan
Alias, murid darjah lima yang sudah kematian ayah, berusaha mencari rezeki untuk diri dan ibunya yang lumpuh. Alias mempunyai seekor beruk bernama Chot. Chot membantu Alias mencari rezeki dengan memetik kelapa. Pada suatu pagi, Chot didapati hilang apabila rantainya putus. Puas Alias mencarinya tetapi tidak berjumpa menyebabkan dia lewat ke sekolah. Alias dimarahi oleh guru kelasnya, Cikgu Sunan. Herdikan Cikgu Sunan membuatkan Alias terkejut lalu terjatuh. Telinga kanannya terhentak pada bucu meja rakan sekelasnya. Bermula hari itu, telinga kanannya sering sakit dan mula bernanah. Alias malu ke sekolah kerana takut kawan-kawannya tercium bau busuk pada telinganya. Cikgu Sunan mula bimbang apabila Alias tidak hadir ke sekolah melebihi seminggu. Guru Besar mencadangkan agar Cikgu Sunan ke rumah Alias untuk meninjau keadaannya. Kedatangan Cikgu Sunan tidak disenangi oleh Chot. Chot seolah-olah dapat merasakan bahawa Cikgu Sunanlah punca Alias sakit telinga. Apabila Cikgu Sunan memegang kepala Alias untuk melihat telinganya yang bernanah, Chot naik marah sehingga rantai yang mengikatnya putus. Chot menggigit lengan Cikgu Sunan sehingga berdarah. Alias yang panik melihat Cikgu Sunan kesakitan dan Chot yang menggila menggigit lengan Cikgu Sunan tidak mempunyai pilihan selain menikam Chot dengan lembing pengumpul kelapa. Chot rebah ke tanah. Sebelum menutup mata Chot memandang sayu kepada Alias. Tamatlah riwayat beruk yang banyak membantu keluarga Alias mencari rezeki demi kelangsungan hidup.
Ulasan
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.