PERKAHWINAN poligami telah diberi gambaran yang buruk oleh masyarakat sehingga ia menakutkan para isteri khususnya. Ramai yang tidak percaya andai ada yang berkata perkahwinan poligami juga boleh memberi kebahagiaan kepada institusi keluarga tersebut. Pun begitu, perkahwinan ini terus berlaku saban hari tanpa mengikut tatacara yang betul sehingga ia lebih memburukkan keadaan.
Sama ada perkahwinan poligami atau monogami, kebahagiaan terletak pada cara pendukungnya menerajui keluarga tersebut. Bijak dia mengendalikannya, akan berjayalah keluarga tersebut. Musibah yang sangat ditakuti dalam keluarga poligami seperti ketidakadilan, kekejaman dan kezaliman tetap akan berlaku walaupun dalam perkahwinan monogami andainya peneraju keluarga itu lemah dari segi kepimpinannya dan tidak mengikut peraturan yang telah digariskan.
Keharusan berpoligami disertai dengan syarat yang diketahui umum, suami mesti mampu dan dapat berlaku adil. Ini untuk menjamin tidak ada sesiapa yang teraniaya. Mahkamah akan putuskan sama ada suami itu layak atau tidak. Malangnya, ramai yang mengabaikan peraturan ini dan mereka mengambil jalan pintas dengan bernikah di sempadan. Bermula dari sinilah, berlaku musibah demi musibah.
Ulasan
Aku Dia dan Suami
by azizon othman on April 03, 2021
Buku yang sarat dengan informasi, ilmu, kisah dan pengajaran yang sesuai dibaca oleh setiap pembaca dewasa termasuk penuntut-penuntut kolej dan universiti. Poligami dipandang sinis dan ditakuti. Namun, buku ini mengupas isu ini dengan jujur dan beramanah berdasarkan hadis dan al-Quran. Cara penyampaian yang menarik. Setiap bab bermula dengan satu kisah yang kemudian dikupas dengan cantik sekali. Setelah membacanya pembaca akan bersetuju bahawa poligami adalah suatu penyelesaian bagi kes tertentu dan bukannya 'one solution that fits all.'
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.