Seni Berfikir yang Hilang oleh Hasrizal Abdul Jamil

Seni Berfikir yang Hilang by Hasrizal Abdul Jamil from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Kategori: Religion , Islam
ISBN: 9789832423881
Ukuran file: 31.27 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Kalaulah boleh diabaikan saja isu-isu yang menyerabutkan kita pada hari ini, pasti hidup akan jadi lebih mudah. Malang sekali, ia mustahil! Isu-isu ini akan tetap wujud dan berlegar di sekeliling kita. Tanpa prinsip yang jelas, kita akan mudah dipengaruhi oleh pandangan orang lain. Mungkin telah sampai masa untuk kita berpatah balik selangkah ke belakang dalam melihat semua isu ini. Mengapakah ia mencetuskan pelbagai konflik? Melalui buku Seni Berfikir Yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengupas enam cabang ilmu yang seharusnya kita kuasai. Ilmu yang membentuk cara fikir kita, sekali gus membantu kita menghadapi isu-isu sekitar kehidupan dengan lebih matang. KENAPA BUKU INI DITULIS? 1. Merawat kejuzukan minda umat Islam akibat sistem pendidikan yang mengkelas-kelaskan murid mengikut aliran sejak sekian lama. Implikasinya, kita gagal menghormati batas keupayaan diri sendiri, lalu membabitkan diri dengan perkara-perkara yang kita tiada ilmu mengenainya. Tanpa ilmu, kita menjadi seperti tikus membaiki labu. Nampak sibuk dan seperti bekerja, tetapi labu hancur tanpa hasil di hujungnya. 2. Semoga kupasan serba sederhana di dalam naskhah Seni Berfikir Yang Hilang ini, menjadi langkah pemula kepada usaha mengarusperdanakan karya penting Syeikh Yusuf al-Qaradawi ini.

Ulasan

Awesome
by shahida mohamed on November 28, 2022

Bacaan yang membuka minda.. Memang menarik..

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan