Pembelajaran Teradun dalam Pendidikan Moral: Amalan untuk Pensyarah dan Guru oleh Nadarajan Thambu
Ringkasan
Buku Pembelajaran Teradun dalam Pendidikan Moral: Amalan untuk Pensyarah dan Guru, ialah hasil koleksi penulisan oleh para pensyarah Pendidikan Moral, Jabatan Pengajian Moral, Sivik dan Pembangunan Karakter, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Para pensyarah menulis setiap bab dalam buku ini sebagai satu usaha perkongsian pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan serta aplikasi pendekatan pembelajaran teradun (Blended Learning) yang dilaksanakan dalam kursus masing-masing. Cara dan aplikasi beberapa alatan pengajaran dalam talian (online tools) seperti MyGuru2, (LMS), ILT, Quizizz, Kahoot!, Padlet, Mindomo, Facebook dan YouTube serta pengajaran yang menggunakan platform Schoology, Moodle dan Edmodo juga dibincangkan. Semoga buku ini memberikan satu nilai tambah dan menjadi rujukan dalam usaha untuk menyebarluaskan pendekatan pembelajaran teradun dalam kalangan pensyarah, guru, pendidik, pelajar dan ibu bapa.
Ulasan
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.