Pejuang Cinta oleh Cik Bawang

Pejuang Cinta by Cik Bawang from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul: Pejuang Cinta
Penulis: Cik Bawang
Kategori: Romance
ISBN: 9789671957707
Penerbit: Cik Bawang
Ukuran file: 0.46 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Prinsip hidup Bunga tentang cinta mudah saja. Sesiapa yang inginkan cinta, dia perlu berjuang. Baru kita tahu adakah kita layak untuk mendapatkannya atau kita perlu melepaskannya pergi.

Kematian mengejut Nik Borhan merubah kehidupan Nik Wafiy dan Bunga. Demi ingin meneruskan hubungan kekeluargaan antara dua keluarga, Nik Wafiy diminta berkahwin dengan Bunga. Ikutkan hati mahu saja Wafiy memberontak, tetapi tatkala dia menangkap Amanda berlaku curang, lantas Bunga diterima menjadi isteri dengan rela hati.

“Marriage is not about finding the right person… it is being the right person." - Wafiy

Wafiy cuba untuk menerima status barunya, dan Bunga sangat bahagia dengan perkahwinan mereka.

"Kau menang. Tapi ingat, cinta tak boleh dipaksa! Kau akan jadi isteri pakai buang dia saja. Kemudian dia tinggalkan kau untuk pergi dekat aku!" – Amanda

Tak mungkin hati Wafiy semudahnya berubah. Apatah lagi kemunculan semula Amanda dalam hidup Wafiy mengelirukan Bunga. Juga kehadiran Hakim dalam setiap masalah Bunga menerbitkan rasa cemburu Wafiy.

“Dia pergi, sebab dia tahu… dia hadir tanpa cinta.”- Bunga

“Maafkan abang.” - Wafiy

“Papa kata saya kena fight untuk cinta saya… Tok daddy kata, awak pasti akan cintakan saya. Hakim kata, saya kena berusaha pikat awak, nanti mesti awak cintakan saya. Tapi saya lupa satu hakikat, cinta tak boleh dipaksa.”- Bunga

Sakit rupanya saat kita berjuang sendirian. Rasa lelah, rasa putus asa dan dia takut semua perasaan itu akan membunuh terus rasa cinta yang mekar. Jadi adakah dia perlu mengangkat bendera putih? Mengaku kalah setelah penat berjuang?

It’s better to have loved and lost, than never to have loved at all. - Alfred Lord Tennyson

When the love is real, it’s always worth it.

Ulasan

Pejuang Cinta
by Aireenn on May 10, 2021

Best

BEST
by frwzh on June 16, 2021

1st time baca karya Cik Bawang. Best. Seronok. mengusik perasaan

Pejuang Cinta
by RH on December 14, 2021

Patutnya jangan beri peluang kepada Wafiy. Hero blur yang tidak menghargai isterinya.

Pejuang Cinta
by on October 18, 2023

menarik dan ringkas walaupun pada mulanya geram dengan Wafiy yang terlalu baik sangat dengan bekas kekasih dia(Amanda) sehingga hampir membuat rumahtangganya bermasalah.kena dengan tajuk pejuang cinta untuk meraih balik cinta dan kepercayaan isteri..

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan