AKU KAN ADA oleh akyelrahim
Ringkasan
Ini cerita Yah dan Lid, yang menurut sejarah sudah berkawan sejak daripada bayi.
Di mana ada Lid, di situ pasti ada Yah.
Yah kata, dia penat mahu melayan Lid Si Raja Drama.
Lid pula kata, dia tak larat nak dengar cerita Yah Si Ratu Masalah.
Orang kata, perempuan dan lelaki tak boleh jadi kawan baik, mesti salah seorang akan tersuka. Orang kata... tapi betul ke? Atau itu cuma mitos purba kala?
Biar Aku Kan Ada buktikan segalanya!
Aku Kan Ada karya Akyelrahim ini memuatkan kisah tentang kehidupan relaiti yang kadang kita tak sedar berlaku disekeliling kita, disebatikan dengan drama yang meruntun jiwa, mengalun elok emosi dan jiwa pembacanya.
Ulasan
huwaaa...baca cerita ni smbil bertemankn sekotak tisu...sedih...memang sedih.terasa sgt bila Yah sedih...memang best..n x rugi beli.sengih pulak bila part sengal Lid,jejaka yg boleh kata unsung hero...hubungan rapat menantu dan mertua...masyarakat kg yg xde la asyik nak mmbawang keburukan org.memang terbaik lah cerita ni.good job author...suka cerita macam ni.x payah megah holding sgt.hehehe
good job ... teruskan berkarya. Tulisan yg santai dekat dgn hati pembaca dan byk unsur2 nasihat.
Memang terbaik la sis. Tak rugi beli. Satu sebab dpt potongan harga, kedua sebab mmg pernah baca separuh dekat wattpad dulu. time preorder x dpt join beli, Alhamdulillah ade la sorang hamba Allah tolong terangkan cara nak beli di e-sentral ni.
Cerita yang simple tapi menarik. Kisah yang berlatarbelakangkan suasana kampung. Sarat dengan kisah kasih sayang kekeluargaan. Karya pertama penulis yang saya baca tapi sayang sebab ada satu ni sahaja dalam platform esentral ni. Harap penulis atau publisher boleh tambah lagi cerita lain dari penulis ni.
Sy tak pasti kalau org lain tapi sy baca sambil kesat air mata. Memang betul2 Lid ada dengan Yah walaupun mcm mana pun keadaan. Hubungan mentua mcm Cik Lah dgn Hj Hassan buatkan kita doa moga2 dapat yg sebijik mcm tu. Betul laa orang kata what u give u get back tapi Yah sekali dapat package Khalid Al Walid tuu
Best sangat2! Tahniah buat penulis sebab karyanya yang pertama ini berjaya membuat saya senyum, ketawa dan menangis... Tak sabar nak baca karya kedua dan seterusnya dari aykelrahim
Jalan cerita yang realistik tanpa konflik yang berbelit.In love with the whole novel not only the character.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.