Unfinished Love oleh Amnahsyarim

Unfinished Love by Amnahsyarim from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Amnahsyarim
Kategori: Teen Novel
ISBN: 978-967-25533-0-4
Ukuran file: 1.07 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Disebabkan kekurangan diri, Narina sanggup dipergunakan oleh majikannya sendiri, Miqdad Halimi. Permintaan Miqdad Halimi agar dia menjadi 'tunang tipu-tipu' kepada lelaki itu diturutkan kerana Miqdad Halimi telah berjanji akan memberikannya bayaran yang lumayan. 

 

Demi duit, dia sanggup! Namun, siapalah dia ingin mengawal sekeping hati yang berbolak-balik sifatnya. Keinginan yang tidak beperasaan bertukar menjadi suka tetapi perasaan itu terpaksa dipendam seorang diri kerana utuhnya cinta seorang Miqdad kepada Warda Iyliana walaupun Warda Iyliana telah pun menjadi tunangan orang. 

 

"Kalau Encik Miqdad dah dapatkan your girlfriend semula, saya nak resign." - Narina. 

 

Seutuh-utuhnya cinta akhirnya akan goyah juga. Miqdad Halimi sedar dia telah pun berpaling arah. Perasaannya kini untuk Narina seorang. Dia tidak akan mengizinkan Narina pergi jauh. Oleh disebabkan itu, diikat Narina dengan ikatan yang suci. Diangkat martabat seorang wanita sebagai isteri. Malangnya, kebahagiaan mereka tidak kekal lama. Kembalinya Warda Iyliana menaruh harapan. Cinta yang telah terkubur kembali marak. 

 

"I dan Izuan dah putus tunang." - Warda Iyliana. 

 

Narina bungkam. Tahu dirinya menjadi orang ketiga di dalam hubungan cinta di antara Miqdad Halimi dan Warda Iyliana, akhirnya dia membuat keputusan untuk menghilangkan diri. 

 

"Abang cintakan Rin." - Miqdad Halimi. 

 

"Tak! Cinta itu masih belum selesai." - Narina.

Ulasan

unfinished love
by Nur sahfika Binti Azaman on March 02, 2024

best

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan