Salahkah jika dia tidak lagi percayakan cinta? Berdosakah dia, menidakkan cinta yang dihulur barisan perawan yang ada. Huh, cinta! Bagi Irfad Haji Muzir, cinta adalah penipuan. Cinta adalah permainan. Maaf, dia tidak lagi percayakan perkataan itu. Ya, dia pernah mencintai dengan setulus hati lelakinya. Namun, baru ingin dipetik sebagai suri, cinta itu terbang pergi.
Permainan waktu menemukan mereka. Hatinya remuk, hancur diinjak sang tunang dan sahabat baiknya, dua insan paling disayanginya. Dia mengalah untuk tidak mahu bernafas lagi. Apa gunanya? Aflah tekad, dia mesti pergi. Kenapa mesti dia diselamatkan? Dia mahu mati!
Mulut kata jauh, hati kata datang. Otak kata benci, rindu khabar sayang. Kasih hampir bertaut. Namun belum sempat diikat, Nadya yang dipuja Irfad pula datang. Nadya yang menyesali tindakannya. Perkahwinannya tidak bahagia, terdera katanya. Hati Irfad mula goyah. Cinta lama yang masih bersisa atau kasih baru yang mahu bertaut?
Aflah menjauh, tersiksa dalam kerinduan. Nadya kian dekat, mahu cinta kembali berulang. Ada rahsia yang disimpan, petunjuk isteri pilihan
Ulasan
SJIS?
by norhasliza binti yusoff on November 30, 2022
Best,worth to read
Sudi Jadi Isteri Saya
by Siti Aisyah on August 24, 2023
Jalan cerita okay. Cara penceritaan novel nie pon okay, ayat2 die tu x bosan nak baca. Siapa yg suka genre mcm kahwin terpaksa, boleh baca.Watak2 dlm cerita ni menyakitkan hati. rate 4/5 sbb x suka watak ifrad, knpla Aflah terima Ifrad balik, mmg dungu betul si Aflah.
Sudi Jadi Isteri Saya?
by P.KRISHNAKUMARI A/P PONNUSAMY on April 28, 2024
Great and different storyline with good humours and family relations. Love it
sudi jadi isteri saya
by Badiah Hanum on July 04, 2024
jalan cerita yang teratur dan menarik .
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.