Memoir COVID-19 oleh Editor: Hariza Mohd Yusof & Musa Ahmad
Ringkasan
Dalam sejarah Malaysia, inilah kali pertama pandemik melanda yang menyaksikan seluruh rakyat bersatu untuk menangani segala macam dugaan. Tidak ketinggalan di USIM, pelbagai pihak memberikan kerjasama dalam menangani permasalahan yang menyebabkan suasana bertukar rupa. Persekitaran berubah, cara kerja berubah, semuanya dalam norma dan normal naharu. Tidak pernah menduga dan menyangka wabak yang bermula di China, rupanya telah merebak dengan pantas dan mencatat sejarah dalam lakaran peta dunia. Di USIM, lakaran ini juga telah terpahat dalam rakaman masa, meninggalkan tahun 2020, tanpa disangka penuh dengan suka duka mempir COVID-19.
Dalam rantaian buku ini, terdapat 28 memoir yang melalui perspektif yang berbeza. Ia adalah nukilan first-hand experience penulis dari dalam dan luar USIM yang mewakili pelbagai spektrum penulis bermula daripada pengurusan tertinggi universiti, para pensyarah, pegawai tinggi, guru sekolah malah suri rumah sepenuh masa! Jika tidak cukup menarik, ada juga catatan orang kurang upaya (OKU) yang turut dikongsikan di sini. Setiap memoir sangat unik dan lain daripada yang lain kerana sudut pandangan yang berbeza dengan memoir yang berbeza. Sungguh, dalam 28 artikel memoir ini banyak pengalaman yang sangat mengujakan. Selamat membaca!
Ulasan
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.