Miss Pen Pal oleh akuorgbiasa

Miss Pen Pal by akuorgbiasa from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul: Miss Pen Pal
Penulis: akuorgbiasa
ISBN: 978-967-18781-7-0
Ukuran file: 6.00 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Aku rasa seriklah dengan dunia internet ni, Yan! Tak ada limit, tak ada sempadan! Semua tentang kau macam boleh dibogelkan pada dunia. Logik tak di zaman ni aku nak cari pen pal? – Teja Amani

Terkesan dek insiden mengaibkan di media sosial, Teja Amani memulakan misi mencari pen pal. Tiga surat dikirimkan, hanya satu yang berbalas.

Sorry Juliet. Harapan kau untuk jadikan Edward Cullen sebagai Romeo kau takkan kesampaian. Sebab surat kau yang bodoh tu tak sampai pada Edward Cullen.  – Romeo

Saya rasa, jiwa awak tak tenang, Romeo. Awak ada masalah yang awak pendamkan? Awak marahkan seseorang? Awak rasa tertekan? – Juliet

Edward Cullen yang diharapkan, Romeo-jiwa-kacau yang dia dapat. Namun, kata-kata kesat daripada si dia menimbulkan rasa simpati di hati sang Juliet. Lalu surat itu dibalas dengan penuh hikmah melembutkan hati si Romeo. 

Bermulalah kisah cinta si Juliet dan Romeonya.

Saya mintak maaf! Saya dan awak, takkan boleh bersama. Jalan kita terpisah di sini. Saya memilih jalan ini. – Sky of Phoenix

Semuanya berubah apabila janji dimungkiri. Teja Amani patah hati.

Lain kali, sebelum nak jatuh hati dekat mana-mana lelaki, beritahu aku dulu. Biar aku scan dia dulu. Lulus ke tak lulus. Aku tak suka tengok kau menangis macam ni. Pedih hati aku ni, tahu tak? – Thor

Si dia yang sentiasa ikhlas berada di sisinya mengubati hati yang remuk. Teja Amani memilih untuk melupakan si dia dan berbahagia dengan lelaki yang setia menanti cintanya.

Apa caturannya wahai Tuhan? Beritahu aku, kerana aku tak sanggup luka buat kali kedua… – Edison Ng 

Namun, takdir telah menemukan semula si Juliet dengan Romeonya setelah kedua-duanya memilih untuk melupakan.

Kalau nak dirembat orang, lama dah kena rembat, mak. Bukan semalam Ngah luahkan perasaan dekat dia. Bertahun-tahun dah. Teja dah fikir masak-masak la tu – Ahmad Tariq 

Apa keputusan Teja Amani? Memilih cinta pada si teman pena yang tak kesampaian, atau setia dengan si dia yang sentiasa berada di sisi?

Ulasan

Miss Penpal
by RH on February 10, 2022

Saya memang minat Akuorgbiasa. Novel ini digarap dengan baik, ada ketawa dan ada duka.

Miss Pen Pal
by Zaherani Tahir on March 24, 2022

Best! :-))

Miss Pen Pal
by Salmah Ahmad on April 11, 2022

Kisah biasa tpi digarap penuh gaya mjdikan ia mnarik dan luar biasa

Miss Pen Pal
by Nur Hafizah on April 14, 2022

Novel yang sangat terbaik. Cukup serba serbi. Kudos Aob, sya dah bca smua ebook aob tak prnah mengecewakan. Terbaik.

Miss Pen Pal
by Nurul Najwa on June 24, 2022

Everyone who love and hate Dheo's by Anjell should try reading this book. It was well written, ada suka and duka. I cried a bawl reading it. Go try it! You wont regret, and buku ni ada sambungnya. Utusan Cinta Dia.

BEST SANGAT!!!!!
by Niess Aziz on July 25, 2022

Frust dengan diri sendiri sebab tak dapat buat satu hapa pun kerja hari ni sebab dah terlekat dan melekat dekat karya si AOB ni…well done AOB sebab dapat membuatkan saya tak bergerak membaca naskhah miss pen pal ni…jalan cerita yabg fresh dan buat saya tertanya2…dengan siapa si teja ni end up!Puas hati dengan endingnya semasa membaca teringat novel “Aku Ada”..suke kesinambungan yang boleh dapat dari semua novel AOB…overall, good job on all your karya AOB!

Best Gilaa
by Anis Nabihah bt Abdul Latif on July 29, 2022

baca sebab ada yg post dkt twitter, awal tu baca dkt wxttpxd then tak puas sebab bab sikit ja terus beli dkt e-sentral, in one day baca habis, start pagi habis tgh malam, takleh nk berhenti baca sebab nk tahu apa yg jadi,100/10 lah i love novel yg sedih yg penuh dgn nilai. semoga AOB terus keluarkan karya yg bernilai dan bagus.

lee min ho jadian
by tunteha on August 03, 2022

best. seronok baca

Miss Pen Pal
by Datin R. Ramly on September 20, 2022

Sebuah cerita yang luar biasa dari penulis Aku-Orang-Biasa. An exceptional story line. Definitely a MUST-READ! Tak sabar nak baca sambungan pada kisah ini dalam Miss Pen Pal 2: Utusan Cinta Dia.

Miss Pen Pal
by Nurul Afiqah on December 08, 2022

Nak bagi honest review. For me, prolog tu best. Chapter depan serious best, saya suka dia punya jalan cerita and dialogue also. Tapi bila dah sampai klimaks, bagi saya cerita dia little bit mengarut dan kelaut. So overall i give 3/5.

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan