ELVINA: TIDAK LAYAK UNTUKMU oleh Hana (HE)

ELVINA: TIDAK LAYAK UNTUKMU by Hana (HE) from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Hana (HE)
Kategori: Romance
ISBN: elvina
Ukuran file: 0.60 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Kerana rasa dia punya segala-galanya, Elvina Fasha yakin takkan ada mana-mana lelaki sanggup menolaknya meskipun dia sudah rosak di tangan ayah tiri sendiri. Walaupun pernah diadukan pada ibu kandungnya tentang perbuatan tidak senonoh Engku Fazril, kesudahannya Elvina yang dipersalahkan. Suami mummy tu cuba raba Vee semalam. Vee tak selesa nak tinggal dalam rumah ni lagi. - Elvina Salah you sebab pakai baju pun tak cukup kain. You dah tahu dia ada dalam rumah ni, yang you nak belanja dia tengok tubuh you sangat dah kenapa? - Datin Shanim Disebabkan kesalahan akan kembali dilambakkan pada dirinya, Elvina mengaku kalah. Sehingga suatu malam, Fazril tergamak meragut kesuciannya. Hidup Elvina terasa musnah dalam sekelip mata. Namun disebabkan perwatakan dia yang jelas bongkak dan ego, dia cuba bangkit semula. Lagipun dia tidak mahu kerana kesilapan Fazril, dia bakal kehilangan lelaki yang dicintainya selama ini. Menikahi lelaki yang hampir sempurna di matanya, memang salah satu impian Elvina. Sekarang baru Elvina menyesal. Menyesal kerana tidak pernah mahu mendengar nasihat Akhdan selama ini. Don’t worry, Vee. You takkan mengandung sebab I tak ‘serang’ you membuta tuli. Cuma satu I nak ingatkan, jangan sesekali mengadu pada mummy you atau buat laporan polis. Sebab kalau I dapat tahu you buat tindakan bodoh macam tu, you dan mummy you akan dapat malu. Jangan lupa mummy you dulu dah selalu sangat datang kondo I. You ingat dia saja-saja datang? I ada video dia kalau you nak tengok, Vee. - Engku Fazril Diugut oleh Fazril, akhirnya Elvina terpaksa mengunci bibir sehinggalah ke hari pernikahan dia dan Akhdan berlangsung. Akhdan, adalah lelaki pilihan Elvina sejak di zaman universiti lagi. Lelaki itu beku, tak pernah melayani Elvina dengan layanan romantis. Namun cinta dia pada Elvina sangat menggunung tinggi. Boleh ke Vee nak tangguhkan dulu malam pertama kita? - Elvina Why? - Akhdan Saif Sebab Vee masih tak bersedia. Vee pun tak jangka langsung Dan akan masuk meminang Vee secepat ni. - Elvina Fasha Hidup-hidup Akhdan ditipu, sehinggalah rahsia besar Elvina terbongkar. Maruah Akhdan rasa seperti dicabar. Lelaki yang pernah merosakkan si isteri, adalah lelaki yang sama pernah bermusuh dengan Akhdan sejak di zaman universiti. Yang paling membuatkan Akhdan terkilan, kenapa Elvina harus merahsiakannya? Aku pernah tidur dengan isteri kau. - Engku Fazril Akhdan bersemuka dengan Elvina. Tika ini barulah Elvina sedar, duit takkan mampu membeli ‘cinta’. Walaupun jelas dia punya segala-galanya berbanding Akhdan. Betul ke apa yang lelaki tu bagitahu aku, yang kau pernah rosak di tangan dia? Payah sangat ke kau nak jaga maruah kau untuk aku? Patutlah kau tak nak aku sentuh kau lagi. - Akhdan Saif Dia rogol Vee. - Elvina Fasha Kalau dia rogol kau, kenapa tak buat laporan polis? Atau kau sebenarnya suka bila dia buat kau macam tu? Habis tu, aku dapat apa? Sisa terbuang?? - Akhdan Saif Jujur, Akhdan tak kisah andai kata Elvina berterus-terang sedari awal. Yang membuatkan dia kecewa, Elvina sanggup merahsiakan hal sebesar itu. Bakal berakhirkah kisah rumahtangga yang baru saja bermula? Kerana Elvina mulai sedar, dia sebenarnya langsung tidak layak untuk lelaki sebaik Akhdan Saif. Nantikan jawapannya di dalam naskhah berbentuk digital ini nanti.

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan