KASANOVA VERSI HERO oleh Hana (HE)

KASANOVA VERSI HERO by Hana (HE) from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Hana (HE)
Kategori: Romance
ISBN: kasanova-versi-hero
Ukuran file: 0.61 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Tak pernah terfikir, tubuh kurusnya akan menjadi ‘santapan’ begitu ramai lelaki. Tatkala lelaki yang bergelar ayah saudara sanggup menggadaikan seorang Dayang Zulaikha pada lelaki yang hidup bertunjangkan nafsu semata-mata kerana duit, tiada apa lagi yang Dayang mahu pinta dalam dunia ini melainkan kematian. Gara-gara tertekan, Dayang pernah cuba untuk ragut nyawa dia sendiri. Walaupun Dayang tahu perbuatan dia itu adalah satu tiket besar untuk menempah masuk ke neraka. ‘Punyalah banyak bangunan tinggi-tinggi, kenapa dekat sini juga kau cuba nak bunuh diri? Di depan mata aku??’ - Zayn Eusoff ‘Saya cuma nak mati sekarang ni, encik. Saya dah tak nak hidup lagi. Hidup saya dah lama musnah!’ - Dayang Zulaikha ‘Aku tak kisah pun kalau kau beria-ia sangat nak mati. Tapi tak payahlah kaitkan dengan aku. Kalau aku langgar kau tadi, tak ke aku yang kena heret masuk lokap?’ - Zayn Eusoff Bicara Zayn sejak pertemuan pertama memang pedas menyengat ke dasar hati. Bukan tak simpati, tapi Zayn rasa geram dengan sikap ambil mudah gadis itu. Ingat bunuh diri tu boleh jadi penyelesaian paling tepat ke untuk masalah diatasi? Ya, bercakap memang mudah. Tapi apa yang Dayang lalui pernah ke Zayn merasa? Zayn pun bukan lelaki baik sangat. Selalu saja dilabel kasanova oleh mana-mana wanita yang pernah mengenalinya. Cuma seteruk-teruk Zayn, Zayn tak rosakkan perempuan apatah lagi tanpa rela. Sebab tu bila kawan baik sendiri cuba memaksa Dayang, Zayn tak boleh kekal diam. ‘Perempuan tu tak nak, Jef. Yang kau nak paksa-paksa juga dah kenapa? Punya berlambak perempuan lain, kau tinggal petik jari saja.’ - Zayn Eusoff ‘Masalahnya aku dah bayar dia untuk harga satu malam.’ - Jefry Amzar Berebutkan Dayang, sudah tentulah Zayn yang akan menang. Banyak kali Zayn muncul sebagai penyelamat yang dihantar oleh DIA buat Dayang, sehingga satu hari Zayn terdetik untuk bawa Dayang keluar dari lembah hitam itu. Bukan mudah mahu memiliki Dayang, jadi senang saat wang jadi tawaran. Mujurlah juga Zayn Eusoff ni golongan ‘kayangan’. Hidup mewah berlimpahan dengan harta kekayaan. ‘Aku nak perempuan ni. Bukan untuk satu malam. Tapi untuk setiap malam aku. Berapa harga yang kau nak tawarkan pada aku?’ - Zayn Eusoff RM100 ribu nilai seorang Dayang Zulaikha. Bercucuran air mata Dayang. Hinanya diri, dijadikan bahan dagangan oleh darah daging yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dia selama ini. Amanah kedua-dua orang tua Dayang, tanpa rasa bersalah dicabuli oleh Khalil. ‘Aku boleh bayar kau lebih sebenarnya, orang tua. Tapi untuk setiap parut yang ada pada tubuh Dayang, aku akan tolak daripada harga yang kau tetapkan pada aku. Kalau kau tak setuju, aku buat laporan polis saja tentang kegiatan kau selama ni. You decide.’ - Zayn Eusoff Puas tawar-menawar, akhirnya Dayang jadi kepunyaan Zayn seorang. Dayang ingat pertolongan Zayn setakat itu. Meleset pabila Zayn meminta sesuatu yang sukar untuk dia tunaikan. Namun saat takdir tak mampu disangkal oleh kudrat seorang manusia, ijab dan qabul termeterai menghalalkan hubungan mereka berdua. Kahwin dengan saya, encik cuma bazirkan masa encik. Saya tak boleh nak penuhi tugas seorang isteri dengan sempurna. Dayang Zulaikha yang ada di hadapan encik, pernah ditiduri oleh beberapa orang lelaki. Sanggup ke encik sentuh saya, sedangkan saya sendiri rasa jijik dengan diri saya? - Dayang Zulaikha ‘Aku akan buat kau lupa dengan semua kenangan pahit tu, Dayang. Selepas ni, hanya akan ada aku dalam hidup kau. Bukan lelaki-lelaki durjana tu lagi.’ - Zayn Eusoff Itu janji Zayn. Janji untuk menjadi bukan lelaki biasa buat diri Dayang. Walaupun dia pernah digelar kasanova. Untuk Dayang, dia hanya mahu menjadi kasanova versi hero. Hero yang menyelamatkan heroinnya daripada terus tersakiti. Mampukah Zayn berjaya dengan hasratnya? Atau perkahwinan mereka akan berakhir kerana trauama yang dialami Dayang menyekat perkahwinan mereka untuk ke fasa seterusnya? Sama-sama kita nantikan dalam nukilan berbentuk digital ini nanti.

Ulasan

AAAAAAAA
by Amysharajin on July 22, 2022

Geram, marah, suka, benci, sedih AAAA semua ada. Yang penting ending dia saya suka hihi ^^

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan