Dinamika Undang-Undang Tanah Adat di Negeri Sembilan: Perkembangan dan Isu Undang-Undang oleh Hendun Abd Rahman Shah, Adzidah Yaakob, Abidah Abdul Ghafar, Arif Fahmi Md Yusof, Dina Imam Supaat, Farah Salwani Muda, Norfadhilah Mohamad Ali, Syahirah Abdul Shukor & Suraiya Osman
Ringkasan
Biar mati anak, jangan mati adat
Tiba di batang, batang tumbang
Tiba di dahan, dahan tumbang
Tiba di urat, urat lembang
Adat Perpatih sangat kaya dengan perbilangan atau teromba yang mengungkap pedoman serta nasihat kepada masyarakat. Perundangan tanah adat adalah unik dan tersendiri kerana Perkara 90 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa tiada perundangan yang akan menjejaskan pemakaian dan peruntukan undang-undang tanah adat. Namun begitu, tanah adat tetap tidak terlepas dari isu-isu berkaitan perkembangan perundangan semasa.
Buku ini bertujuan untuk melihat pengaruh undang-undang tanah adat ketika era pentadbiran British di Negeri Sembilan dan perkembangannya selepas era tersebut sehingga kini. Amalan tanah adat sedia ada adalah berdasarkan kepada kerangka undang-undang tanah adat yang telah pun berusia hampir satu abad. Justeru, ia memerlukan kepada pendekatan perundangan yang mengambil kira keperluan masyarakat moden, pembangunan ekonomi dan perkembangan perundangan semasa. Semoga singkapan sejarah dan amalan undang-undang adat di Negeri Sembilan dalam buku ini memberi manfaat terutamanya kepada generasi muda bagi memastikan kelangsungan Adat Perpatih sebagai undang-undang adat.
Ulasan
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.