Undang-Undang Adat Negeri Kedah Abad ke-19 oleh Jelani Harun, Mahani Musa, Idris Mansor, Aisyah Kamaruddin

Undang-Undang Adat Negeri Kedah Abad ke-19 by Jelani Harun, Mahani Musa, Idris Mansor, Aisyah Kamaruddin from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Kategori: General Academics
ISBN: 978-967-461-572-7
Ukuran file: 8.58 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Buku ini menampilkan kepada pembaca sebuah naskhah perundangan adat negeri Kedah yang diberi judul Undang-Undang Adat Negeri Kedah yang terhasil pada tahun 1893 dan masih belum diterbitkan. Isi kandungannya memerikan pelbagai maklumat penting tentang amalan undang-undang adat kesultanan Kedah pada abad ke-19, dan dalam masa yang sama mengetengahkan nilai sosiobudaya, ekonomi dan aturan kehidupan seharian masyarakat. Naskhah undang-undang tersebut juga kaya dengan nasihat adab pemerintahan mengikut ajaran Islam, kedudukan wanita, keanekaragaman bahasa dan sebagainya. Berdasarkan hukum-hakam yang tercatat dalam naskhah tersebut, dapat dibuat suatu gambaran tentang permasalahan sosial yang berlaku di Kedah sekitar abad ke-19 hingga pelbagai bentuk undang-undang telah diwujudkan bagi membendung dan mengatasi permasalahan sosial tersebut. Keunikan naskhah Undang-Undang Adat Negeri Kedah semakin terserlah melalui identiti pemiliknya, Ku Din Ku Meh yang pernah berkhidmat sebagai Penguasa Penjara di Alor Setar, Kedah pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Syah (1881-1943), dan seterusnya menjadi Gabenor di Setul (Satun). Hal ini memperlihatkan bahawa naskhah perundangan adat masih memainkan peranan dalam sistem perundangan di negeri Kedah pada abad ke-19 bagi memelihara keharmonian dan keutuhan kerajaan dan negara. Naskhah Undang-Undang Adat Negeri Kedah merupakan suatu pencapaian penting bagi sejarah dan ketamadunan hidup serta ketinggian hasil persuratan di negeri Kedah yang perlu diketengahkan kepada masyarakat hari ini.

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan